SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Memaparkan catatan dengan label NUKILAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NUKILAN. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

RASA CINTA

Semalaman  aku duduk dan berfikir
Kenapa ada satu perasaaan yang sangat asing dalam  diriku
Mungkinkah hati ini ingin berbicara

Bisikanmu  menemani aku sepanjang malam
Kau buat ku terasa berputar
Sentuhanmu bagai  satu episod yang baru

Satu dalam sejuta
Mungkin ada detik cinta
Sangat kuat,
Mungkin inikah rasa cinta

Ada yang berkata cinta tak kan kekal selamanya
Ku tolak dan ku geleng kepala
Satu jawapan yang pasti
Ya seperti putaran roda
Kadang di atas dan kadang di bawah
Sungguh menyentuh perasaan

Sekali dalam hidupku
Aku pasti kemana arah tujunya
Ku jauhkan lirik mata dari pintu yang lain
Kerana aku telah ketemu dengan cinta sejatiku

hakcipta terpelihara : Prince Julius 2012

SIMFONI RINDU

Semenjak Pertemuan Kita
Terjalin Ikatan Cinta
Yang Telah Kita Binakan
Antara Kita Berdua

Bila Ku Lihat Mata Mu
Bersinar Cahaya Cinta
Bila Ku Dengar Suara Mu
Semerdu  Simfoni Rindu

Kau Yang Ku Sayang
Kau Yang Ku Puja
Kau Yang Cinta
Untuk Selamanya

Bilakah Kita Kan Bersama
Membina Mahligai Cinta
Yang Telah Kita Binakan
Semenjak Pertemuan Kita........

HAKCIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

KEHILANGAN DAN KESEPIAN

Dalam kehadiranmu
Dapat ku rasakan bahawa
Kaulah gadis yang selama ini kucari

Sinar kehidupan terpancar
Melalui gelak dan tawa kita bersama
Melalui sedih dan duka  kita bersama

Hari ke hari
Minggu ke minggu
Bulan ke bulan
Kita cecah angka tahun
Badai melanda, langit cerah jadi kelabu
Dari suka menjadi duka

Kau berjanji tidak meninggalkan ku
Tidak akan lepaskan ku
Tetapi janji tinggal janji
Sedih dan keseorangan

Hilangnya dikau kemana harus ku cari
Ku jerit namamu, hanya bunyi gema menerpa
Baru ku sedar itulah ucapan selamat tinggal darimu
Sakitnya menusuk kalbu

Kenapa kau pergi dengan meninggalkan seribu tanda Tanya
Kenapa kau tinggalkan diriku dengan sejuta kesakitan
Kalau ku punya masa lagi
Akan ku beritahu bahawa AKU CINTA PADAMU
Tetapi semua hanya tinggal kenangan
Mimpi indah hilang dalam kabus terang
Kehilangan dan kesepian

Jika kau mendengar rintihan hati ini
Aku berharap kau dapat merasainya
Jika kau dapat melihat apa yang ku rasakan tanpa dirimu
Adalah kehilangan dan kesepian
HAK CIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012

BANG! BANG!

Bang! Bang!
Dalam pekat malam
Hiruk pikuk menjelma
Meliar mencari mangsa
Tak kenal siapa…..

Buta mata teraba-raba
Mencari selimut
Pelindung nyawa
Bergetar seluruh jiwa

Bodoh sang durjana
Kau memang keji

Bang Bang,
Terdengar lagi
Hilang cinta, nyawa bercerai
Gah  permainanmu
Walau sumbang tiada siapa yang tahu

Kau beritahu pada dunia
Kau agung, kau penyelamat bangsa
Kau kata demi keamanan sejagat
Musuh pasti kau sebat

 Adakah dunia percaya!
Hitunganmu silap
Kamu perlu berlajar
Berlajar mengenali keamanan
Bukan menjadi syaitan

HAK CIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012

Jumaat, 22 April 2011

JIKA KAU MILIK KU

Jika kau milik ku
Aku sanggup menjadi apa sahaja
Aku sanggup tinggalkan segalanya
Aku sanggup lupakan kisah lama
Aku sanggup hidup tersiksa
Jika kau milik ku

Jika kau milik ku
Akan ku sebarkan ke seluruh alam ini
Kaulah yang tercantik
Kaulah yang terpuji
Kaulah yang termanja
Kaulah yang berseri
Kau lah yang ku dambakan
Jika kau milik ku


Jika kau milik ku
Segala cita-cita yang ku mimpikan
Segala kata-kata yang ku ungkapkan
Segala irama yang ku dendangkan
Segala madah yang ku coretkan
Segalanya untuk MU
Jika kau milik ku

Jika kau milik ku
Jangan kau takut untuk melangkah
Jangan kau takut pada gerak hatimu
Jangan kau takut pada harapan dan impian
Jangan kau takut pada hadirku
Jika kau milik ku

Jika kau milik ku
Hanya satu pintaku
Peluklah ku seratnya
Jika kau milik ku

Ahad, 10 April 2011

CANTIK

Bibirmu, matamu, jiwamu
Umpama seni
Indah juga kecantikkan hatimu
Ciptaan yang maha Agung

Jika kau umpama lukisan
Tiada warna dapat dicalitkan
Kecantikkan dijiwamu
Tiada tandingnya seperti pelangi

Jika kau umpama arca
Dari tanah liat kujadikan
Rupamu bagai bidadari
Tiada cacat celanya dimataku

Jika kau umpama melodi
Tiada siapa mampu menyanyinya
Irama yang sungguh merdu
Menusuk halwa telinga ini

Andainya aku disini , sebagai pengkarya
Dengan sumber inspirasi, melampaui batas akal
Tetapi untuk menikmati kecantikkanmu
Aku terpaksa menjadi sang pencuri hatimu
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Jumaat, 4 Februari 2011

WHAT I LOVE ABOUT YOU

I love the way you look at me,
Your eyes so bright and shine.
I love the way you kiss me,
Your lips so soft and smooth.

I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "Je t’aime,"
And the way you're always there.

I love the way you touch me,
Always sending chills down my spine.
I love that you are with me,
And glad that you are mine.

Ahad, 30 Januari 2011

TING TONG (Buka Kamar Hatimu)

Ting Tong, Bunyi kamar hatimu
Ting Tong, Ku Usik Skali lagi
Ting Tong, Kapan ku lihat wajahmu
Ting Tong, yang di tunggu ngaak tiba lagi......

Di kau gadis idaman ku
Senyum lirik semanis madu
Ungkap kata memikat kalbu
Mari ke mari rapati ku

Ku masih menunggu mu
Di depan pintu hatimu
Wahai gadis pujaan hati
Buka kan lah kamar hatimu

Berkebaya merah jambu
Susun langkah oh bak ratu
Rambut lepas paras bahu
di kau gadis idaman ku

Ting Tong, Sekali lagi
Aku usik kamar hatimu
Ting Tong, Buka lah sayang
Kamar hatimu buat ku......

Khamis, 27 Januari 2011

SESAAT

Sesaat tidak ku lupakan
Walau mata bertentang mata
Walau jauh rindu membara
mahu mimpiku di dalam lena

Tiada mata, tanpa lena
Tiada lena, tanpa mimpi
Tiada mimpi, tanpa rindu
Rindu ku pada Sang Puteri

Merapat asmara kala bersatu
Rentak jiwa irama kalbu
Selami gelora gapai bersama
Biduk membelai santapan ragaku

Sesaat tidak mungkin ku lupa
Sang Puteri, pujaan hati ku
Syukur, TUHAN
Kami bersatu

Selasa, 25 Januari 2011

BERDIRI DISISIMU (TEMAN)

Teman
Kau periang, pemurah dan penyayang
Manjamu membuat hatiku senang
Prihatin setia dan memahami
Watakmu memang terpuji

Hatiku tersentuh dengan layananmu
Waktuku lemah, waktu ku jatuh
Kau pimpinku kembali
Bangun dan tegak berdiri

Teman
Nafas ini terhenti seketika
Mulut ini terkunci pintu bicara
Mata ini kabur seketika
Mendapat berita yang tidak diduga

Bundar matamu bertakung air
Mengalir deras membasahi pipi
Ku raup dan ku buang duka ini
Agar tabah kau berdiri

Teman
Inginku menjadi sahabat sejati
Di waktu susah, aku akan setia menanti
Akan ku sulami benang kisah ini
Menjadi coretan kita abadi