SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Memaparkan catatan dengan label BILA CINTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BILA CINTA. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

RASA CINTA

Semalaman  aku duduk dan berfikir
Kenapa ada satu perasaaan yang sangat asing dalam  diriku
Mungkinkah hati ini ingin berbicara

Bisikanmu  menemani aku sepanjang malam
Kau buat ku terasa berputar
Sentuhanmu bagai  satu episod yang baru

Satu dalam sejuta
Mungkin ada detik cinta
Sangat kuat,
Mungkin inikah rasa cinta

Ada yang berkata cinta tak kan kekal selamanya
Ku tolak dan ku geleng kepala
Satu jawapan yang pasti
Ya seperti putaran roda
Kadang di atas dan kadang di bawah
Sungguh menyentuh perasaan

Sekali dalam hidupku
Aku pasti kemana arah tujunya
Ku jauhkan lirik mata dari pintu yang lain
Kerana aku telah ketemu dengan cinta sejatiku

hakcipta terpelihara : Prince Julius 2012

SIMFONI RINDU

Semenjak Pertemuan Kita
Terjalin Ikatan Cinta
Yang Telah Kita Binakan
Antara Kita Berdua

Bila Ku Lihat Mata Mu
Bersinar Cahaya Cinta
Bila Ku Dengar Suara Mu
Semerdu  Simfoni Rindu

Kau Yang Ku Sayang
Kau Yang Ku Puja
Kau Yang Cinta
Untuk Selamanya

Bilakah Kita Kan Bersama
Membina Mahligai Cinta
Yang Telah Kita Binakan
Semenjak Pertemuan Kita........

HAKCIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012

Jumaat, 4 Februari 2011

WHAT I LOVE ABOUT YOU

I love the way you look at me,
Your eyes so bright and shine.
I love the way you kiss me,
Your lips so soft and smooth.

I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "Je t’aime,"
And the way you're always there.

I love the way you touch me,
Always sending chills down my spine.
I love that you are with me,
And glad that you are mine.

Jumaat, 28 Januari 2011

BILA CINTA (BAB 9)

Emak tersenyum gembira. Aku telah mempunyai lesen memandu. Inilah pertama kalinya beliau duduk dibahagian belakang kereta Proton Perdananya. Sebelum ini beliaulah pemandunya. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku akan membawa mak kemana sahaja yang beliau mahu pergi.
Jikalau emak duduk dibahagian belakang, semestinya Nelly menemaniku di hadapan. Kami bertiga di dalam perjalanan menuju ke Bandar Taiping. Tujuannya cuma satu iaitu untuk makan angin. Lagipun aku dan emak telah lama tidak pergi bercuti. Tetapi percutian pada kali ini agak istimewa kerana ditemani oleh Nelly.
Perjalanan dari rumah ke Bandar Taiping mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lewat petang kami tiba di Bandar Taiping dan menginap di Hotel Seri Malaysia, Taiping. Emak dan Nelly berkongsi bilik manakala aku dibilik single.
Keesokkannya pagi-pagi lagi kami telah bersiap. Tujuannya satu iaitu untuk menaiki Bukit Larut. Selepas bersarapan kami bekereta menuju ke kaki Bukit Larut.
Perjalanan mendaki Bukit Larut mengambil masa 30 minit. Kenderaan yang digunakan adalah Land Rover yang disediakan oleh majlis perbandaran dengan kadar tambang yang berpatutan. Sepanjang perjalanan tidak banyak yang kami bualkan disebabkan enjin land rover yang membingitkan telinga. Aku lebih banyak memerhatikan keindahan flora yang terdapat disepanjang pendakian ke Bukit Larut.
Emak seperti mengerti perasaan aku. Dibiarkan aku berjalan-jalan bersama Nelly dipuncak Bukit Larut. Terasa kekok juga aku bila berjalan berdua dengan Nelly.
“Aris. Saya minta maaf sekali lagi, jika kehadiran saya selama ini mengganggu awak dan Makcik Sofea”.
“Siapa yang kata mengganggu. Sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih kapada awak. Sebab mengembirakan hati emak”.
Ya, telah hampir sekian lama aku tidak pernah melihat emak segembira hari ini. Terpancar kegembiraan pada wajah emak yang semakin dimamah usia.
“Aris…… Kenapa pandang saya macam tu. Saya malulah.” Nelly menyedarkan aku dari lamunan.
“Saya buat apa pada awak?” Soalku pada Nelly
“Awak renung saya macam ni.” Nelly meniru aksiku iaitu kedua-dua tangan menongkat pipi.
“Ye ke, saya buat macam tu pada awak. Maaf kalau itu menganggu awak’”
Aku menjadi serba salah.
Dipuncak Bukit Larut, aku dan Nelly banyak menghabiskan masa berbual antara satu sama lain sambil menikmati permandangan yang sangat cantik. Banyak bunga-bunga yang sedang mekar disana. Suasana yang nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa seperti mengalukan kedatangan kami.
Tak kenal maka tak cinta. Dari satu topik ke satu topik kami berbual. Nelly yang ku kenal sebelum ini tidak sama seperti Nelly yang ada di depanku. Penuh keayuan dan kemanjaan. Sembil kami berbual jari telunjukku sibuk menekan butang kamera SLR ku untuk mengambil gambar-gambar Nelly. Sudah menjadi amalanku kemana sahaja aku pergi, kameraku tetap menjadi teman setia.
Gambar demi gambar aku ambil.Nelly memang pandai beraksi di depan kamera. Wajahnya yang fotogenik sangat menarik perhatianku. Nelly beraksi lagak seperti model professional. Senang kerja aku. Banyak angle yang menarik dapatku ambil. Dan sudah pasti sekembalinya kerumah nanti akanku proses semua gambar-gambar yang telah ku ambil.

Ahad, 23 Januari 2011

BILA CINTA (BAB 1)




BAB 1


Cahaya matahari pagi semakin menggigit mukaku. Cepat-cepat ku kaut daun-daun rambutan yang jatuh ketanah akibat ditimpa hujan semalam. Kemudian kulonggokkan di hadapan rumah dan akan kubakar bila kering kelak. Sejak kebelakangan ini hujan kerap turun pada waktu malam. Setelah hampir selesai aku membersihkan halaman rumahnya, terdengar suara emaknya memanggil.


“Ada apa mak?” Aku menghabiskan saki baki mengutip daun-daun dan meletakkan penyapu lidinya di tepi rumah. Berjalan masuk melalui pintu belakang rumah.


“Kenapa tak bersiap lagi? Kan petang ni, Aris ada kelas tuisyen”. Beritahu emak, sambil sibuk menyiapkan meja untuk makan tengahari.


Aku baru teringat bahawa hari ini merupakan hari pertama aku hadir ke kelas tuisyen. SPM bakal menjelma. Oleh sebab itu emak telah memasukkan aku ke pusat tuisyen yang terkenal di tempat kami. Kalau di ikut kata hati aku memang tak ingin untuk pergi. Hatiku telah tawar untuk berlajar semenjak dibuang dari sekolah berasrama penuh.



Sudah hampir sebulan aku tidak ke sekolah. Proses pertukaran dari sekolah berasrama penuh ke sekolah harian biasa mengambil masa yang agak lama. Aku sudah tawar hati untuk belajar. Masih teringat difikiranku apa yang diucapkan oleh tuan pengetua di sekolah



“ini merupakan kali ketiga awak mengulangi kesalahan yang sama. Ponteng sekolah, keluar malam dan menghisap rokok. Ini kes berat. Sebagai hukuman, awak dibuang sekolah”. Kata-kata yang keluar daripada mulut Tuan Pengetua seperti puting beliung yang memusnahkan harapannya.



Emak menerima kepulanganku dengan hati yang terbuka. “Berlajar dimana-manapun sama saja, yang pentingnya diri kamu tu. Kuatkan semangat. SPM dah semakin hampir”. Kata-kata perangsang daripada emak, banyak memulihkan semangatku.



kata orang disekeliling? Itulah yang menjatuhkan semangatku kembali. Mak Long kata mak tak pandai jaga anak, sebab itulah aku nakal, sampai kena buang sekolah. Bila berselisih dengan orang di taman perumahan, ramai yang memandang kearah lain. Macam-macam perkara yang tak elok berkenaan dengan diri ini telah aku dengari.


Kalau di ikut kata hati mahu ku amuk satu kampong. Jangan salahkan mak aku. Salahkan aku. Emak tak minta aku jadi begini. Emak banyak menderita. Semenjak ditinggalkan abah, mak banyak menderita. Dicemuh oleh orang sekeliling. Dipinggirkan oleh kaum wanita kerana takut mak akan merampas suami mereka. Emak banyak memendam perasaan, tak banyak bercakap. Banyak menghabiskan masa termenung dan mak juga banyak menghabiskan masanya menulis novel dibilik. Itulah emak yang kukenal.




“Aris, cepat. Makanan dah siap. Nanti lewat ke pusat tuisyen tu”. Laung emak dari dapur. Lamunan ku terhenti. Aku cepat-cepat merapikan badanku lalu terus kedapur untuk makan tengahari