BAB 1
Cahaya matahari pagi semakin menggigit mukaku. Cepat-cepat ku kaut daun-daun rambutan yang jatuh ketanah akibat ditimpa hujan semalam. Kemudian kulonggokkan di hadapan rumah dan akan kubakar bila kering kelak. Sejak kebelakangan ini hujan kerap turun pada waktu malam. Setelah hampir selesai aku membersihkan halaman rumahnya, terdengar suara emaknya memanggil.
“Ada apa mak?” Aku menghabiskan saki baki mengutip daun-daun dan meletakkan penyapu lidinya di tepi rumah. Berjalan masuk melalui pintu belakang rumah.
“Kenapa tak bersiap lagi? Kan petang ni, Aris ada kelas tuisyen”. Beritahu emak, sambil sibuk menyiapkan meja untuk makan tengahari.
Aku baru teringat bahawa hari ini merupakan hari pertama aku hadir ke kelas tuisyen. SPM bakal menjelma. Oleh sebab itu emak telah memasukkan aku ke pusat tuisyen yang terkenal di tempat kami. Kalau di ikut kata hati aku memang tak ingin untuk pergi. Hatiku telah tawar untuk berlajar semenjak dibuang dari sekolah berasrama penuh.
Sudah hampir sebulan aku tidak ke sekolah. Proses pertukaran dari sekolah berasrama penuh ke sekolah harian biasa mengambil masa yang agak lama. Aku sudah tawar hati untuk belajar. Masih teringat difikiranku apa yang diucapkan oleh tuan pengetua di sekolah
“ini merupakan kali ketiga awak mengulangi kesalahan yang sama. Ponteng sekolah, keluar malam dan menghisap rokok. Ini kes berat. Sebagai hukuman, awak dibuang sekolah”. Kata-kata yang keluar daripada mulut Tuan Pengetua seperti puting beliung yang memusnahkan harapannya.
Emak menerima kepulanganku dengan hati yang terbuka. “Berlajar dimana-manapun sama saja, yang pentingnya diri kamu tu. Kuatkan semangat. SPM dah semakin hampir”. Kata-kata perangsang daripada emak, banyak memulihkan semangatku.
kata orang disekeliling? Itulah yang menjatuhkan semangatku kembali. Mak Long kata mak tak pandai jaga anak, sebab itulah aku nakal, sampai kena buang sekolah. Bila berselisih dengan orang di taman perumahan, ramai yang memandang kearah lain. Macam-macam perkara yang tak elok berkenaan dengan diri ini telah aku dengari.
Kalau di ikut kata hati mahu ku amuk satu kampong. Jangan salahkan mak aku. Salahkan aku. Emak tak minta aku jadi begini. Emak banyak menderita. Semenjak ditinggalkan abah, mak banyak menderita. Dicemuh oleh orang sekeliling. Dipinggirkan oleh kaum wanita kerana takut mak akan merampas suami mereka. Emak banyak memendam perasaan, tak banyak bercakap. Banyak menghabiskan masa termenung dan mak juga banyak menghabiskan masanya menulis novel dibilik. Itulah emak yang kukenal.
“Aris, cepat. Makanan dah siap. Nanti lewat ke pusat tuisyen tu”. Laung emak dari dapur. Lamunan ku terhenti. Aku cepat-cepat merapikan badanku lalu terus kedapur untuk makan tengahari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan