SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 5 Jun 2011

Bukit Gambang Water Park Resort

Salam semua.

Penant ke Langkawi tak habis lagi, aku dah kena gi ke Gambang, Kuantan. Kali ni atas urusan kerja jugak. Kali aku pergi bersama-sama dengan famili. Sebabnya famili aku tak pernah sampai kat sana n time ni cuti sekolah.
Perjalanan bermula pada hari isnin 30 mei 2011. kami sekeluarga bergerak dari putrajaya kira-kira jam 10 pagi. Cuaca sangat ceria semasa mengiringi perjalanan kami ke sana. Perjalanan ke sana agak tenang dan kenderaan tidak banyak. Perjalanan kami ke sana, Princess aku sibuk mengambil gambar dengan kamera S90 nya. Banyak jugak gambar2 yang diambil dan aku sibuk menceritakan serba sedikit tentang perjalanan yang kami lalui. Walaupun aku kerap menggunakan jalan ini tetapi trip kali ini merupakan perjalanan aku yang pertama membawa kenderaan sendiri. Hajat dihati nak buat pit stop kat RnR temerloh, tetapi hari masih awal lagi, so aku teruskan perjalanan dan kami berhenti untuk makan tengahari di RnR gambang. Akhirnya kami sampai di Bukit Gambang Resort pada pukul 1.30 tghari.



Bila dah sampai kat sini, anak-anak aku dah mula tak leh nak duduk diam. Masing-masing mula bertanya bila nak turun ke kolam. Setelah dipujuk mereka faham. sempat jugak aku melelapkan mata dan terbangun kira-kira pukul 4.30 petang. apa lagi ke water park lah jawapnya. dari resot ke water park kami menaiki trap yang dikenakan tiket sebanyak RM1 seorang. tiket untuk masuk ke water park kalau tak silap aku RM22 untuk dewasa dan separuh untuk kanak2. aku jugak top-up e wallet RM200 untuk bayaran sewa pelampung, sewa locker dan makan di dalam water park.........

Anak-anak aku punyalah seronok dapat main air. so layan aje.....

 So ni merupakan antara gambar-gambar yang sempat aku ambil masa kat water park. So kalo nak tengok gambar keseluruhan leh tgk kat fb aku ye. Sampai petang jugak kami kat situ. kalo tak silap aku sampai pukul 6.30 ptg. itu pun kami kena balik sebab water park nak tutup.

Malam pertama tiada aktiviti yang berlaku. selepas makan malam, anak-anak aku semuanya pengsan.

hari kedua aku disana, pada sebelah pagi dan petang aku memberi ceramah berkaitan dengan BITK kepada JKM negeri pahang.

Sebelah malamnya pula ada bbq yang disediakan oleh pihak penganjur. so sebelum makan aku gi belasah karaoke dahulu maklumlah dah lama tak melalak.



So aku terlabat untuk menghadiri bbq bersama-sama dengan datuk pengarah JKM pahang. sori datuk sekali sekala lambat....Sebenarnya sebelah petang jugak aku dah gi shopping kat resort tu. beli baju n cenderahati. kat RM350 melayang gak (itupun slepas diskaun 20%).

Habis bbq kami merayau lagi ke tempat game dan fun fair. best jugak sekali sekala melayan karenah anak-anak.




Malam tu aku n princess melayan kehendak anak-anak sampai dia org kata letih n nak balik bilik. so agak lewat gak kami balik ke bilik iaitu kira-kira pukul 11.30 malam.

Hari terakhir di sana. pada sebelah pagi ada majlis penutupan. hajat dihati nak cabut awal, tetapi apa kan daya telah dijemput oleh datuk pengarah sendiri untuk menghadiri majlis penutupan. tak kan aku tak hormat majlis. so kena attend jugak walaupun terpaksa memakai baju kerja yang semalam. sesetengah orang tak paham kan kerja macam nie. dia org ingat senang ke nak melayan kehendak penganjur kita. ada yang kata pada aku, apa nak tunggu lagi habis kerja cabutlah........ orang macam tu aku tak akan buat kawan. Kita kena hormat majlis org, kalau nak org hormatkan kita.....

Selesai majlis penutup dan makan tengahari kami bertolak balik ke putrajaya dan sampai dengan selamatnya pada pukul 4.30 ptg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan