SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Rabu, 8 Jun 2011

Balik Kampung

3 Jun 2011

Petang ni aku bergerak balik dari Putrajaya ke Sitiawan pada pukul 7.00 malam. Kali nie aku balik wit family and uncle. Perjalanan memang agak perlahan. Dalam hati aku berkata kenapa kereta banyak sangat kat atas hiway. Bila perjalananku melalui Elite menghampiri Shah Alam, baru aku tahu bahawa esok adalah hari keputeraan  Agong. Itu pun sebab aku bukan radio Sinar (Radio org dulu2).

Dari Elite aku menuju ke Hiway Bukit Lanjan – Klang untuk menyambung perjalanan melalui Aman Perdana. Kenderaan dah semakin banyak. Aku memasuki pekan Meru dan menuju ke pekan Kapar. Aku terperangkap kat trafik light kat pekan Kapar. Nak kata tensen tak jugak, tapi yang pastinya aku jarang drive waktu malam. So agakkan aku ngan lampu2 kereta membuatkan aku terpaksa lebih berhati-hati lagi.

Perjalanan yang biasanya aku rasa cepat terasa lambatnya berlalu. Kebiasaannya aku akan berhenti makan di pekan Sungai Besar. Akhirnya aku tiba di Sungai Besar pada pukul 9.45 mlm. Kalo ikut rasa mengantuk aku mahu aku berhenti kat pekan Kuala Selangor dan bermalam di situ.Tapi disebabkan aku balik ngan uncle so aku teruskan juga perjalanan ini.

Di Sungai Besar, kami makan malam di tempat  biasa. Makan nasi ayam dan aku beli burger untuk di makan di dalam kereta nanti jika lapar. Perjalanan diteruskan lagi. Kali ini kenderaan telah semakin berkurangan. Mungkin malam dah semakin larut kot. Akhirnya aku sampai Sitiawan jam 12.00 tgh malam. Hantar uncle kat umah adik aku dan aku bergegas untuk cari hotel buat kami sekeluarga.

Yang tak bestnya hotel yang biasa aku menginap dah penuh, so kena cari hotel lain. Cari punya cari akhirnya aku dapat Hotel Crystal yang kedudukannya tidak jauh dari rumah opah aku. Aku tahu hotel nie tak best, tapi apa kan daya terpaksa beb. Malam pertama aku dikenakan RM110.00 dan malam kedua RM150.00 (weekend). So seperti yang ku duga hotel ni memang tak best. Tapi dah mengantuk dan letih so aku pejamkan mata aje.

4 Jun 2011

            Selepas breakfast, kami ke rumah opah. Lepak kat situ jap. Anak-anak aku bermain dengan paksunya dan aku melayan piano dan keyboard yang ada kat umah opah aku. Saja layan perasaan sebab dah lama tak main piano n keyboard. Hari dah semakin panas. So aku ajak family aku gi jalan-jalan.

            Sebenarnya aku pun tak tahu nak gi mana. Aku just bawa kereta menuju ke Lumut. Dipertengahan jalan aku mengambil keputusan untuk menukar arah ke Teluk Batik. Yup niat sebenarnya memang nak gi mandi. Pakaian renang memang dah ada kat dalam kereta. Sampai di Teluk Batik, Aku tak jadi jugak sebab nak masuk kena bayar parking kereta.

            So patah balik. And aku stop kat Beach Bistro (tempat aku selalu makan malam) bila terpandang MARINA WATER PARK. Macam best aje bunyinya.Apa lagi kami terus menuju kea rah itu. Anak-anak aku dah mula seronok. Bayaran yang dikenakan juga tidaklah terlampau mahal.

            Masuk sahaja ke water park, aku terus mencari makanan untuk makan tengahari. Perut dah berkeroncong. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan nasi ayam sekali lagi. Ye family aku memang suka makan nasi ayam sebab ia adalah salah satu menu yang senang dihidangkan dan cepat.

            Selesai makan kami terus masuk dalam air. Masa tu matahari dah terpacak kat atas kepala. Panas jugak tempat nie. Maklumlah tepi laut lagi……. Sebenarnya water park ni berhadapan dengan Marina Island. Kawasan dia cantik dengan panorama yang sangat menawan. Kami main air hingga puas.

            Selepas puas main air perut pun lapar. So kitaorang tinggalkan water park dan pergi ke Beach Bistro untuk menikmati makan malam kot. Tapi pada pukul 5.00 petang. Selesai makan kami kembali semula ke rumah opah.

            Sebelah malamnya kami sekeluarga pergi ke rumah adik aku. Saje lepak kat sana sambil main gitar. Disebabkan anak-anak aku yang keletihan, terpaksa pulang awal ke hotel dan tidur.

5 Jun 2011

            Bangun pagi yang agak lewat sebab keletihan semalam belum habis lagi. Selepas check out, kami pergi ke rumah opah. Entah bila aku akan balik lagi. Perjalanan balik belum bermula lagi. Aku ke rumah adik untuk mengambil uncle yang ingin pulang bersama dengan kami.

            Pada awal perjalanan pulang hujan renyai-renyai mengiringi. Seakan-akan tahu yang aku masih merindui kampong halamanku. Desakan kerja dan rutin harian di Putrajaya menyebabkan aku semakin renggang dengan kampong ku.

            Andai dapat ku bina jambatan dari rumah ke kampong, alangkah bestnya.

            Seperti biasa aku membuat pit stop di KFC Sg Besar. Selepas pit stop tersebut banyak lagi stesen-stesen minyak yang aku terpaksa berhenti. Perut adik meragam kot. Kira-kira pukul 2.30 petang kami selamat sampai di Putrajaya…….






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan