SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 12 Jun 2011

midnight outing

Salam

Berjumpa lagi ye kawan-kawan. So hari ni aku nak citer tentang outing aku dengan member aku aznee n murad (murali). Kita org dah plan nak outing ni kira-kira seminggu yang lalu. So set nak jumpa kat umah aku pada 11 Jun 2011 (10.30 mlm). Murad yng mula-mula datang. kira-kira 20 minit baru aznee datang. Kami kuar dengan kete aznee.

Oh ya lupa lak aku nak bagitau, outing nak gi mana ye. Sebenarnya kami nak gi menembak. Hahaha....... bunyi macam serius ajekan. Memang kami nak gi menembak kat area Putrajaya. Tempat yang kami tuju adalah berhampiran dengan masjid besi


Inilah gambar masjid besi yang aku tangkap. Tak berapa jelas bentuknya dari sini. Banyak interuption yang ada kat depan dia. Kalo tak silap aku bukaan kamera aku adalah selama 30 saat.

Lama juga kami lepak kat sini . banyak juga gambar yang diambil oleh aznee n murad. antara gambar yang aku ambil



cuba teka gambar apa nie.......

Lama jugak kami lepak kat situ, sehingga di halau oleh pak guard. Aku pun tak tahu kenapa reason yang dia bagi, kawasan tu ditutup sebab dah pukul 12. Begang lah jugak......... tapi nak buat camna. Tapi sebelum kena halau ada satu gambar yang aku ambil yang aku anggap cantik buat masa ini. 

Cubaan yang pertama dari aku. Kira ok lah tu. Nanti kalo ada masa aku akan cuba lagi..........
Selepas kena halau, kami tak tahu jugak arah mana yang nak dituju. Pusing punya pusing akhir sekali kami ambil keputusan untuk pergi ke arah PICC. dan kami lepak kat jambatan bawah PICC. Kat sini ramai lak orang. tu yang hairannya..........

So antara gambar-gambar yang aku ambil








Lama juga kami lepak kat sini . Kira-kira pukul 2 baru beredar........

Gambar ni merupakan corak merepek dari aku






aku wit my fren








Sebelum balik kami singgah kat kedai mamak an naz kat Presint 9. aku makan tose n milo panas. lepas tu apa lagi balik lah. badanpun dah penat tapi yang pentingnya enjoy...... best sangat bersama dengan member-member aku. Kita org set nak menembak lagi n kali ini waktu siang lak........Aku sampai umah kira2 pukul 3 pagi n murad text aku n bagitau dia sampai umah pukul 3.50 pagi.

Thanks my friends sebab luangkan masa bersama-sama. hope ada masa lagi untuk ini......

Hingga berjumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan