SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Isnin, 7 Mac 2011

MINGGU PERTAMA MAC

Salam semua,

Terlebih dahulu maaf ku pohon kerana telah lama tidak mencoretkan sesuatu pada blog ini. Bila dah lama tak menulis terasa berat tangan ini. Entah kenapa bulan Mac ini terasa begitu sayu sekali. Banyak perkara yang berlaku pada awal minggu ini.

Pertama sekali aku nak bagitau tentang pertandingan drama yang aku sertai (fiesta kresba). Kami juara...... Yahoooooooooooo. Seronoknya tak terkata kerana dapat nombor 1. Terasa terubat segala penat lelah kami berlatih selama ini. Thanks pada kawang-kawan yang memberi komitmen sepenuhnya ketika pertandingan. Kalau ada tahun hadapan, rasanya nak masuk lagi.

Perasaan....... Apa dia perasaan. Susah bagi aku untuk menerangkannya. Aku bukan ahli atau pakar bahasa. Tetapi kadangkala perasaan ini tersentuh. macamanan boleh tersentuh ye. Agaknya aku ni sensitif orangnya kot. Entahlah......

Hati..... Apa kata hati..... Hati boleh berkata-kata ke..... Kalau hati boleh berkata-kata, macamana dia berkata. Adakah cetusan akal itu merupakan kata hati.

sEPI..... Sepi itu indah ke? atau bila sepi ia terasa sunyi..... Sunyi itu damai ke? atau kedamaian yang ku cari..... dimana semua ini.....

Ok kawan-kawan, aku stop dulu kat sini. hari ini 7 Mac kat opis ada gotong rayong untuk 5s......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan