SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Isnin, 14 Mac 2011

MINGGU KE DUA MARCH 2011

Salam.

Berjumpa sekali lagi dalam coretan aku. Lama gak aku tak membuat coretan. Mungkin ada banyak masalah melanda diri ini. Bagi aku biarlah ia menjadi rahsia aku. Aku pernah berkata, ada benda yang boleh dikongsi dan ada benda yang tidak boleh dikongsi. Masalah yang aku hadapi sekarang ini tidak boleh dikongsi di dalam coretan ini. Biarlah aku mencari jalan penyelesaian.

Memang, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Tapi walaupun isu itu telah selesai aku mesti berhati-hati. Hidup ini penuh dengan onak dan duri. Aku harus terus memerhati supaya aku dapat membuat kesimpulan yang sewajarnya.

Ingatlah, kita perlu mempercayai kepercayaan yang telah diberikan dan orang yang memberi kepercayaan itu hendaklah bersifat percaya dengan apa yang diberikan. Baru ada persefahaman. Kalau tidak mungkin akan jadi perang dunia ke-14..........

Aku akan terus mencuba......

10 Mac 2011, Balik dari opis aku kena bawak adik bertemankan princess ke hospital putrajaya sebab dia kena lelah. Fuh letih aku hari ini, sebab bila sampai kat hospital princess tertinggal hp lak. Kena balik umah n anta balik hp kat dia. Lepas tu aku balik umah sakit perut. huhuhu............ Petang tu lepas amik aiman g balik hospital jemput princess n adik.

Malam tu aku kena ke hospital sekali lagi. Adik diserang semput lagi. Kali ni lama lak. Sampai pukul 3 pagi. So pagi Jumaat tu aku bangun pagi dengan kepala yang pusing (tak cukup tido). Aku g jugak ke tempat kerja. Bila sampai kat sana memang terasa kepala ni tak leh nak berfikir. So bergegas ke klinik. Dapat MC. Lepak kat umah. Merehatkan diri.

Nasib baik hari sabtu badan dah semakin ok. Satu hari suntuk aku spend ngan famili. Pagi g bbb n kajang n sebelah malam nya g makan di Seksyen 7 BBB. makan sate.........

Hari ahad g umah MIL di kg batu sebab ada perbincangan tentang perkahwinan adik ipar aku. Harap semuanya berjalan dengan lancar........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan