SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Jumaat, 11 Februari 2011

8, 9 10 DAN 11 FEBRUARI 2011

Salam,
 Berjumpa sekali lagi diblog aku. Terlebih dahulu sori kepada kengkawan semua sebab lama tak mencoretkan sesuatu pada dinding ini. Kepada peminat novel aku "BILA CINTA", aku mohon seribu kemaafan juga sebab buat masa terdekat ini aku kesuntukan waktu. Hendak rasanya aku mempunyai waktu 48 jam sehari........

Ingat tak pada 7 Feb lalu aku katankan bahawa aku tak jadi pergi kejamuan mantan ANM. Ye memang aku tak jadi pergi. Sebaliknya kami sekeluarga keluar ke Carrefour untuk makan malam. Tak larat rasanya malam itu untuk aku memasak. Bali dari Carrefour, semput aku dapat balik. So apa lagi bergegas kami satu famili ke Hospital Putrajaya.

Sampai disana aku pergi ke triage dahulu sebelum dapat berjumpa dengan doktor. Di sana aku membuat pemeriksaan ECG (takut ada masalah pada jantung). Alhamdulillah semuanya ok. Aku tunggu hampir 2 jam baru dapat berjumpa dengan doktor. Semasa berjumpa dengan doktor, doktor memberitahu bahawa aku mempunyai sakit gastrik yang teruk. perggggggggg...................... bila kat farmasi punyalah banyak ubat gastrik yang diberikan pada aku............. Kami sekeluarga tiba di rumah kira-kira pukul 12.30 malam.

Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa. Aku ketempat kerja seperti biasa. Dan pada minggu ini terlampau banyak meeting yang perlu ku hadiri. Ada meting yang menyeronokkan dan ada yang membosankan. Ku lalui juga hari-hari kerja yang sangat mengembirakan...... Mungkin kata orang suasana kerja di tempat baru, memberi kita wajah yang baru. Rakan-rakan sekerja yang baru dan juga staf-staf yang baru. Cara kerja yang baru juga kadang kala boleh menggembirakan kita. Tetapi harus diingat, kalau boleh biarkan rumah kita menjadi satu tempat yang istimewa pada kita. Bolahkah kita mendapatkannya...........

Ada harinya perasaan kita boleh terguris jika sesuatu yang terpendam selama ini semakin membesar dan membengkak. Kadang kala sifat penyabar dan penyayang kita disalah ertikan. Ini lah yang dinamakan kehidupan. Ada pasang dan surutnya. Tapi kalau kalian semua bertanya pada aku. Aku suka semua yang ceria. Mungkin perwatakan dan asuhan yang aku terima selama ini membuat aku memilih untuk ceria (walaupun dalam duka). Hahaha...... kadangkala lucu juga rasanya, bila memikirkan usia yang meningkat ini memerlukan belaian dan kasih sayang. Ada yang mengatakan "dah berumur buat cara orang dah berumur". Jangan nak buat perangai mengada-ngada. Tapi bagi aku perangai mengada-ngada itu dinamakan kehidupan. Bagi ku umur hanya pada nombor sahaja. Perwatakan dan sifat aku tetap sama. Kalau 10 tahun dahulu aku seorang yang manja, sekarang pun aku manja. Tapi pada siapa............

Kalau dahulu aku bersifat romantis, sekarang pun aku bersifat romantis. Tapi pada siapa........

Kalau dahulu aku bersifat penyayang, sekarang pun aku bersifat penyayang. Tapi pada siapa......

Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Mungkin dari segi raut wajah dan perwatakan luaran aku, ramai yang mengatakan aku sombong. Itu terpulang pada persepsi masing-masing. Bagi aku siapa yang mendekati diri ini dan mengenali diri ini akan tahu siapa aku..........

Ya, mungkin kalian semua terkejut juga membaca nukilan aku pada kali ini..... Selalunya aku menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku kan...... Mungkin kali ini hati aku terdetik untuk bersifat (berfikir) secara kritis.

Ada yang beranggapkan bahawa teguran itu satu amarah atau satu tamparan hebat pada dirinya. Tidak pernahkan kita terfikir / berfikir sejenak untuk memastikan / membuat kesimpulan di atas teguran tersebut. Bagi diri yang hina ini semua teguran diterima dengan hati yang terbuka dan kemudiannya akan berfikir kembali untuk menghasilkan kualiti yang lebih sempurna dalam diri. Mungkin sesetengah orang beranggapan itu semua tak penting. Tapi ingat ada yang memerhatikan kita, dan ada yang berharap agar kita berubah di atas teguran tersebut.

Harus di ingat juga, jika teguran itu tidak diperbetulkan mungkin sampai satu hari nanti ia menjadi luka yang tidak dapat diubati. Jika ini berlaku tepuk dada tanya selera..........

Ok kengkawan cukup rasanya luahan hati ini pada kali ini.

11 Februari 2011

Hari ini hari Jumaat. Pagi tadi aku agak mengantuk. Sebab semalam aku n princess membawa adik ke hospital pada pukul 8.30 malam. Memang agak terkejut juga aku dengan apa yang berlaku semalam. Alergi adik menyerang kembali. Tangan n badannya membengkak...... Apalagi bergegas aku ke Kecemasan di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah selepas ujian darah dilakukan tiada apa-apa pada adik. Doktor pun telah memberi ubat pada adik untuk menghilangkan alerginya.

So pagi tadi ada meeting juga. Tapi ada perkara yang membuatkan aku marah pada diri aku. Aku lupa makan ubat gastrik. So masa meeting tadi, gastrik telah menyerang kembali. Nasib baik tak kuat sangat.
KENA MARAH............... MAAF.................

So balik tengahari aku makan ubat gastrik...... dan makan tengahari.......

Sebelah petang pun aku ada meeting....... So kawan-kawan minggu ni sahaja ada dekat 10 meting.

Berkaitan dengan latihan drama. Latihan pun berjalan lancar....... Para pelakon semakin menghayati watak-watak yang diberikan. OK geng drama, KITA BUAT YANG TERBAIK...............

Untuk esok, aku akan kepejabat (dalam pukul 9 pagi) untuk menyiapkan slide bagi ceramah Akaun Belum Terima (ABT). Minggu depan kena mengadap boss (boss nak tengok slide tersebut). Harap semuanya berjalan lancar. Esok jugak aku kena g Carrefour untuk beli barang basah. Nak g yang mana dulu.............
TENGAH BERFIKIR................

JUMPA LAGI, BYE................

SALAM............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan