SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Sabtu, 12 Februari 2011

12 FEBRUARI 2011

salam......

Pagi tadi aku ke pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Bukan aku yang menangguhkan kerja tersebut tetapi minggu ni penuh ngan meeting. So tadi aku ambil kesempatan untuk menyiapkan surat-surat tersebut. Banyak beb (lebih kurang 40 pucuk surat aku karang). Tapi surat official senang aje, bahasa tak yah berbunga. Straight to the point saje, kalau surat cinta tu kita kira lain. Hahaha.......... Tapi dulu aku ada rekod menulis surat (30 keping depan belakang), 60 mukasurat semua..... hahaha, itu citer lama. Masa zaman kat ITM dulu...... Kalau di ingatkan balik memang gileeeeee..........

So selepas selesai tulis surat, aku ambil kesempatan juga untuk mengemas meja aku yang macam kucing nak beranak tu. Sakit mata dibuatnya. So sekarang meja aku dah kemas. Baru selesa. Aku tak suka meja yang berserabut. Kalau boleh atas meja tu aku nak ada PC aje. Lain-lain tu nak campak kat tong sampah. Tapi apa kan daya ada surat-surat yang masih KIV lagi sebab masih belum cukup maklumat untuk dijawap.

Bila datang ke pejabat pada hari cuti, jiwa rasa tenang sikit. Tiada gangguan deringan telefon dan lain-lain. Kosentrasi terhadap kerja leh buat 100%. Jiwa pun tenteram dan fikiran tidak berserabut. Lega rasanya..... Kalau hari-hari macam ni kan best. Tapi apakan daya, pejabat tu bukan bapak aku yang punya.

Masa buat kerja terasa laparlah (macam nak kena gastrik). Tapi mukur ada kawan yang simpati. Bagi aku biskut. Thanks, sebab dapat alaskan perut ni.......

Selepas ke pejabat, aku g alamanda lak. Tujuannya adalah untuk beli bahan basah. So aku g sorang2 aje. Princess n anak-anak duk kat umah sebab adik still tak brapa sihat lagi. Tapi aku tak kisah. Aku dah biasa gak shoping sorang2. Tak ade kekoknya. Setakat nak beli ikan n sayur. Tapi perangai manusiakan, bila tengok orang lelaki pilih ikan n sayur, diaorang pandang atas bawah. ingat org lelaki tak pandai beli barang dapur ke. Setakat nama-nama ikan n sayur tu semua dalam kepala otak aku. Tadi aku beli ikan nyot2, ikan merah, ikan siakap n ikan keli. sayur yang aku beli tadi pula ialah brokoli, daun selom, daun bawang, sawi, kailan n daun ketumar. Citer pasal daun ketumbar ni yang buat aku ketawa. Niat di hati nak beli daun sup tetapi terambil daun ketumbar. Hahaha....... (rupa bentuknya hampir sama tau). Daun ketumbar kecik sedikit daripada daun sup. ada juga barang-barang keperluan lain yang aku beli.

Balik dari shoping, perut lapar giler...... Apa lagi makanlah........ Kari ayam n sup ayam. Kekenyangan aku dibuatnya. Rasa mengantuk pun ada. Tapi teringat pesan seorang kawan bahawa lepas makan jangan tidur. So aku tahankan bijik mata ni sampai sejam jugak. Lepas tu apa lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sampai petang.

Bila petang badan rasa tak brapa sedap, So lepas maghrib aku wit my famili grak ke alamanda untuk JJCM. Mula2 princess suggest g BBB. Tetapi aku tak tahu nak g makan kat mana. Tak biasa makan kat area sana. So ke Alamanda jugakl lah kami. Makan diChakri Xpress. Boleh tahan gak masakannya. Aku makan Chicken Soup wit clear noodle. Sedap beb........ Masa bayar dapat kupon diskaun RM10. Macam dia suruh datang lagi aje..........

Niat dihati selepas makan nak ronda-ronda kat alamanda, tetapi apakan daya kekenyangan...... So balik lah kami ke teratak kami di Presint 9. So malam minggu ni lepak di rumah sambil menonton cerekarama wit princess. Anak-anak aku, dua2 tu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

So jumpa lagi..... BYE..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan