SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Isnin, 7 Februari 2011

5, 6 dan 7 FEBRUARI 2011

Salam semua.....

Terlebih dahulu aku minta maaf sebab lama tak masuk ke blog ini. Ada banyak perkara yang berlaku pada 3 hari ini.

5 Februari 2011

Pagi yang indah, aku mulakan dengan berjogging di kawasan tasik berhampiran dengan rumah aku. Hari ini Ayahanda dan Bonda akan kembali balik ke kampung. Rasa tak puas bersama-sama dengan mereka. Bila agaknya akan ada masa yang indah ini lagi. Walaupun umur dah meningkat tetapi manjaku pada mereka tetap ada. Terutama pada Bonda. Sebab aku dari kecil memang rapat dengan bonda. Bonda banyak mengajar aku tentang seni muzik (terutamanya nyanyian). Aku memang suka menyanyi....... Thanks Bonda sebab ajar aku menyanyi. Sedikit sebanyak aku dapat menghibur hati ini dikala duka atau gembira.

Bagi ayahanda pula, Beliau banyak mengajar aku erti kehidupan. Erti berdikari dan juga menjadi seorang lelaki. Ayahanda juga banyak mengajar aku tentang puisi dan berfikiran secara kreatif. aku memang suka. Sebab bila berfikir secara kritis, kita dapat melahirkan idea-idea yang memberangsangkan. Thanks Abah.

Ayahanda dan Bonda (bersama adik bongsuku dan Nenda) balik selepas bersarapan dirumah aku. Selepas itu aku bersama famili dan adik ipar aku ke Alamanda. Tujuannya membeli something special untuk diri aku. Apa yang special, biarlah menjadi rahsia pada diri ini. Aku rasa tak perlu aku ceritakan dalam blog ini. Princess pun ku beli barang yang sama seperti aku. Yang membezakannya ialah warna sahaja.

Sebelah petang aku menghantar adik ipar aku di stesen bas putrajaya untuk dia kembali ke Bukit Jalil.. Dan sebelah malamnya kami sekeluarga keluar ke Alamanda. Tujuannya adalah untuk makan. Cari punya ari tempat untuk makan, akhirnya kami makan di secret recepi. Aku makan Japanese Soba dan keluarga aku makan nasi goreng dengan sate. Makan kat situ tak memberangsangkan langsung (sebab masakan dia sejuk). Aku paling tak suka kalau makan masakan yang dah sejuk.

Lewat malam, selepas kedua-dua anak ku tidur, aku dan princess mengambil kesempatan untuk menonton movie melalui internet. Kami pilih dua movie iaitu DAMPING MALAM dan AKU MASIH DARA. Ok lah jugak layan filem-filem ini. tapi diantara dua filem ini aku minat filem AKU MASIH DARA. Mungkin jiwa ini bersifat sensitif kot...... Hahaha.............. Filem yang bagus dan banyak mesej-mesej yang disampaikan.....

6 Februari 2011

Pagi aku mulakan dengan berjogging. Hari in aku jogging awal. Aku kuar rumah pukul 7.10 pagi. Bukan apa, kalau lewat cuacanya semakin panas. Awal pagi orang tak ramai. Nyaman dan tenteram....... Balik dari berjogging aku singgah di Petronas untuk membeli sarapan pagi. 2 bungkus nasi lemak (untuk anak2ku) dan 2 bungkus bihun goreng (aku dan princess). Selepas bersarapan kami bercadang untuk keluar ke Alamanda.
Tujuannya adalah untuk membeli barang2 basah. Sesampai disana, anakku Aidil kata badan dia menggigil. So saku tak jadi untuk shopping dan mengambil keputusan untuk balik sahaja.

Untuk tengahari kami sekeluarga makan bubur nasi sahaja (senang untuk princess masak). tak perlu masak banyak2 sebab, aidil perlukan perhatian. Selepas makan dan diberi ubat, aidil tidur. aku jadi lega dan berfikir yang demamnya akan reda.

Tapi sebelah petang, aku dapati suhunya kembali naik. 39 darjah celcius. so aku n princess mengambil keputusan untuk membawanya ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Aku sebenarnya agak malu juga untuk membawa anakku ke sana. Tapi klinik tutup so terpaksa kesana. Kebetulan pada petang tu ada 2 kes kecemasan (kemalangan n pengsan), so agak lama juga kami menanti. Aku memang tak suka berada disitu mengambil langkah untuk duduk di lobi hospital bersama-sama dengan anak ku aiman. Princess dan adik sahaja yang menunggu diruang kecemasan. Lagipun orang memang ramai........

Menjelang maghrib, semua urusan di hospital selesai. Sebelum pulang ke rumah aku singgah dahulu di foodcourt Presint 9.

So thanks pada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan anakku........

7 Februari 2011

Hari untuk bekerja bermula selepas cuti yang panjang. Tapi pagi tadi gastrik menyerang kembali....... Aku ke KKP9 untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah selepas makan ubat gastriknya beransur kurang........

Tadi ada ceramah 5S. Aku layan gak ceramah tu sebelum mengambil keputusan untuk pulang kerumah pada pukul 12.30 tgh. Makan beb......

Sebelah petang Aku ada trening drama seperti biasa. Tapi hari ini dengan skrip baru. So harap kawan-kawan semua hepi dengan skrip tersebut.

Balik dari kerja aku singgah ke pasar Presint 8 untuk membeli barang basah (semalam tak sempat beli sebab adik jatuh sakit). Niat dihati nak beli ikan. Tapi ada 1 jenis ikan sahaja yang aku boleh makan (ikan cencaru). Lagipun ikan memang tak ada. Ikan-ikan kegemaran ku seperti ikan merah, jenahak, gerut-gerut dan siakap tak de. Agaknya nelayan tak tururn kelaut sebab cuti

So petang ini aku mengambil kesempatan untuk menulis dalam blog aku. Malam ini sepatutnya aku menghadiri Jamuan Makan Malam (khas buat mantan Dato' ANM). Tapi aku rasa aku tidak dapat hadir. Adikpun badannya baru nak sembuh dan aku tak berapa sihat (ada batuk-batuk sikit)

2 ulasan:

  1. gua.. buat blogwalking.. tup-tup jumpa blog ni
    tengok tuan punya blog puyo la...
    syok sendiri.....

    BalasPadam