salam semua.....
Paginya.... Aku bangun dengan perasaan yang lega. gastrik pada malam tadi dah ok sikit. G petronas beli sarapan buat familiku dan kemudiannya aku g jogging. Setelah peluh keluar dengan mencurah-curah barulah badan ini terasa sihat...........
Setelah bersarapan, aku berbual dengan abah. Bual-bual kosong sambil tu ade lah jugak sedikit sebanyak bercerita tentang dunia politik. So kat sini aku tak nak cerita tentang politik. Itu cerita masing-masing. Semasa berbual dengan abah, apa lagi akupun sua skrip aku. Minta komen dengan dia. So panjang lebar jugak lah abah memberi komen pada skrip aku. Tapi aku tak kisah nak belajar punya pasal. Aku terima semua komen yang diberikan. Sambil tu tangan dengan pantas menulis dialog-dialog yang diutarakan oleh abah. So pada member-member yang terlibat dalam drama pementasan, ada perubahan pada skrip kita. Diharap semua ahli dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Pada sebelah petang , aku buat kek kegemaran aku (kek karot wit cheese cream). Aku buat khas untuk bonda , ayahanda dan nenda. So petang tu juga kek abis dimakan. Alhamdulillah.
Tepat jam 8 mlm aku keluar untuk mengambil sahabatku aznee. Tujuannya ialah untuk g menembak. Ye menembak di Putrajaya. Kawasan menembak yang aku pilih ialah di sekitar masjid besi dan jambatan di Presint 2. Banyak jugak ilmu yang ku curahkan pada aznee. Semoga semua ilmu itu dipraktikkan. Setelah puas menembak, kami singgah sebentar di kedai mamak di Presint 9 (berhampiran dengan KKP9.
So dikesempatan ini aku minta maaf kepada pembaca semua sebab semalam tak update blog. Maafkan aku..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan