salam semua,
Berjumpa lagi kita pada hari ini. Hari ini aku tidak mengecewakan para pembaca (aku update status on time kan). So awal pagi dimulakan perjalananku ke Carre4 bersama-sama dengan princess. Macam dating lak rasanya. Sebab lama dah tak kuar sama-sama. Sebenarnya tak ada apa-apa tujuanpun aku ke alamanda. Saja jalan-jalan (aku kuar pukul 9 pagi). Tapi tak lama di carre4. Setelah mendapat barang-barang yang aku inginkan, kamipun balik ke istana kami di presint 9.
Selepas bersarapan aku pun apa lagi bersiap sedia dan bertungkus lumus di dapur untuk menyediakan inti popia goreng. Banyak jugak popia yang aku sediakan (50 biji). Setelah itu aku menolong princess di dapur untuk menyediakan makan tengahari bagi famili aku.
Selepas makan aku bersantai dengan princess di kamar tidur. Bukan apa sekali sekala aku perlukan privacy. biar anak-anak ku bermain dengan paksunya kat bawah. Memang riuh rendah. Macam nak pecah rumah aku dibuatnya. Bila princess turun ke bawah, memang rumah aku dah jadi tongkang pecah.
Lewat petang, ade rmasakan lagi daripada aku. petang tadi aku buat pai ayam. Bukannya apa, ada balance inti popia pagi tadi, so malas nak simpan aku pun buat pai ayam. Lepas tu teringat nak lak malam nak makan apa. So aku ade idea nak masak mee goreng. So aku ajak princess g pasar malam
So g pasar malam pun berdua aje (terasa macam baru kawin aje)..........., hehehe.......... Malam ini kami sekeluarga makan mee goreng masakan aku....... Kenyang.......... beb....... So selamat malam jumpa esok.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan