SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Rabu, 16 Februari 2011

13, 14, 15 DAN 16 FEBRUARI 2011

Salam........

Berjumpa kembali. Terlebih dahulu aku minta maaf sebab lama jugak tak menulis di sini. Bukan merajuk di atas satu komen yang aku terima dalam blog aku. Aku tak kisah tentang komen-komen yang membina. Tetapi komen dia membuatkan aku sakit hati pun ada. Tapi aku tahu, aku ada hak untuk ignore atau delete komen dia. Tapi aku biarkan sahaja. Cuma nak nasihatkan kepada tuan punya komen itu sendiri. Kalau rasa meluat atau tak sudi nak membaca blog aku, aku tak kisah. Kau datangpun aku tak jemput. Aku pun tak tahu apa motif dia meluahkan kata-kata sedemikian. Bagi aku apa yang aku luahkan disini adalah untuk dikongsi bersama-sama dengan sesiapa yang sudi membaca. Kalau tak sudi anda boleh tinggalkan blog ini. Apa yang aku coretkan di sini adalah untuk dikongsi bersama. Ada perkara yang aku tidak nyatakan di sini sebab bagiku, setiap orang ada privacy masing-masing. So sori lah bro/sis yang tulis komen tu. Kalau gua jumpa lu memang gua hentam lu. Lu berselindung dengan kata-kata lu.

Ok kengkawan. Kita stop cerita pasal dia. Sebenarnya lama dah aku tak menulis dalam blog ini sebab aku tak berapa sihat. Pada pagi Ahad aku menghidapi demam yang sangat kronik sampai sakit satu badan. Selalunya demam aku tak seteruk ini. Aku cuba bertahan dengan mengambil ubat demam (yang ada pada simpanan aku). Tapi demamnya tak kebah.

Ahad malam Isnin, Tuhan saja yang tahu macamana sakitnya aku pada malam tu. Tak boleh tidur dibuatnya. Pusing kiri, pusing kanan serba tak kena. Habis sendi-sendi aku sakit. Nak kata aku buat kerja yang berat. Aku rasa tak ada. Pagi Isnin aku ke KKP9 bersama-sama dengan Princess. Doktor hanya beri aku ubat dan meminta aku banyak berehat. Balik dari klinik aku terus makan ubat dan berehat (tertidur). Bila tersedar aku rasa badanku berpeluh. Rasa macam dah sihat. Lepas makan tengahari aku minta kebenaran dari Princess untuk g ke Alamanda. Aku kata padanya nak beli sesuatu.

Dalam perjalanan ke Alamanda, fikiran ku ligat berfikir apa benda yang aku nak beli. Timbul idea nak beli bunga ros dan teddy bear. Sampai di sana aku terus ke stall menjual bunga ros. Punyalah ramai orang. Selepas membuat tempahan aku ke kedai yang menjual teddy bear (lupa lak aku nama kedai tu). Dah dua benda telah aku beli, so nak tambah satu lagi aku ke famos amos. So ada 3 hadiah kuberi pada Princess pada 14 Feb tahun ini. Sebenarnya bukan nak cerita aku sambut valentine's day. Tapi biasanya 14 Feb ada something special kat kedai-kedai tadi...... Aku pun tak tahu kenapa. Kepada sesiapa yang membaca diari aku sebelum ini pasti tahu kenapa aku panggil bulan Februari ni bulan cinta............

Seronok shopping punya pasal, malam tu aku demam kembali. hinggalah ke hari ini. Pagi tadi badan terasa segar jugak untuk ke pejabat. Tetapi aku hanya dapat bertahan sehingga tengahari sahaja. Tak tahan badan ini. Sekejap sejuk sekejap panas. Petang tadi aku mengambil keputusan untuk ke KKP9 lagi. Kali ini membuat ujian darah. Alhamdulillah, tiada perkara yang memudaratkan berlaku. Doktor bagi aku banyak ubat........ (so kena makan sampai abis)

Ok kawan-kawan semua. Aku stop dulu kat sini. Nanti kalau ada masa aku sambut lagi. BYE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan