SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Khamis, 17 Februari 2011

17 FEBRUARI 2011

Salam

Hari ini badanku beransur-ansur pulih. Ye la...... sakit datang macam ribut, pergi macam siput........ itulah lumrah kehidupan. Kadangkala kita lupa pada diri sendiri...... Maksud aku, kadangkala kita lupa bahawa badan ini perlukan rehat yang secukupnya. Kadangkala badan ini juga perlu dibelai dan dimanja. Walaupun tuntutan kerja memerlukan kita siap siaga 100% tetapi badan ini mungkin tidak. So mana satu nak kita pilih. Tuntutan kerja atau tuntutan badan. Perlu diingat juga, ada satu lagi tuntutan yang menanti iaitu tuntutan keluarga. Wahai badanku, aku berdoa kau pulih seperti sediakala. Sihat dan lincah seperti selalu..... Amin.....

Pagi tadi aku mulakan hari dengan perasaan marah gak. Selepas keluar rumah kira-kira pukul 6.30 pg aku singgah ke Petronas untuk beli sarapan. Terasa nak makan bihun goreng. Semasa nak bayar kat kaunter (cafe di dalam Petronas), budak tu kata bayar kat kaunter utama. So aku g ke kaunter utama. Bila sampai kat kaunter tu pulak di kata bayar kat kaunter di cafe. Apalagi angin satu badan aku dibuatnya. Bukanya apa kaunter cafe n kaunter utama tu jaraknya tak sampai pun 2 meter. Tapi tak ada penyelarasan. Budak2 tu ingat aku ni bola ke......... So apa lagi letak balik bihun goreng tu dan aku terus blah. Malas nak membebel. Nanti tak pasal2 aku sakit kepala di pagi yang indah itu.

Sampai di pejabat aku run BW sambil makan nasi goreng yang dibeli kat opis. Bukan apa kerja kat atas meja semakin menimbun. Bos lak g bengkel kat IPN. So dia dah tinggalkan keje yang banyak gak......
Pagi tadi nak kata perut meragam, meragam jugak. Bila masuk makanan pejal dia mula buat hal...... Tapi aku rasa mungkin disebabkan oleh aku yang tak ambil makanan pejal agak lama gak (bila demam menyerang tempohari).

Sedang asyik menjalankan tugas rutin aku menerima panggilan daripada my senior (kak Shaidah). Dia kata nak aku n dia jumpa TSUB Bhg Kew untuk diskus tentang slide kursus ABT minggu depan. So appointment pkul 10 pg. Kena stop dulu keje..... Aku turun agak lewat jugak utk berjumpa ngan TSUB Kew. Pukul 10.45 baru leh jumpa dia. Biasalah org beso2 ni kita kena datang awal dan tak semestinya leh trus jumpa dia.

So tengahari tadi jugak aku tak balik kerumah sebab keluar ngan member untuk membeli hadiah dan sedikit barang keperluan untuk Fiesta KRESBA yang bakal berlangsung pada 2 Mac 2011 nanti. Kami pergi ke Tesco Kajang. Penat jugak memilih hadiah-hadiah tersebut.

Sekembalinya aku dari Kajang, badan terasa penat gak. Maklumlah keadaan cuaca yang panas dan badan ini baru nak segar. Aku menyambung kembali kerja-kerja yang terbengkalai pada sebelah pagi. Penyata2 penyesuaian yang dihantar oleh PTJ aku terus berikan pada 2 staf aku (aku tak sempat nak semak kerana kesuntukan waktu). Aku berbuat begitu supaya staf aku tidak leka (kerana kekurangan kerja).

Tepat pukul 3 ptg, aku start trening untuk drama pulak. Tempat trening tak memberangsangkan (panas). Tapi kami teruskan jugak trening. Mood petang tadi ok gak, tapi rasa kurang feel dalam diri ini. Tapi tak pe yang pentingnya nanti masa pertandingan aku akan bagi 100%. Mungkin faktor keletihan kot. Selepas trening kami berbincang kembali dan mengambil keputusan untuk trening 3X lagi iaitu pada hari 22 Feb, 24 Feb dan 26 Feb.

Selesai pekerjaan aku pada hari ini, aku pulang kerumah dalam keadaan yang agak letih jugak. Mungkin kekurangan air dalam badan kot. Sampai di rumah aku teringat mesej yang dihantar oleh Princess (hari ni masak nasi ayam). Nyum, nyum........ lapar lak rasanya....... Aku bedal sepinggan nasi ayam.

Selepas maghrib, aku keluar bersama-sama Princess n adik ke Baker's Cottage untuk membeli Kek Pisang dan aku ke kedai buku berdekatan untuk membeli manila kad. Kek Pisang tersebut akan dibawa oleh adik ke sekolah bagi majlis sambutan maulidur rasul dan manila kad untuk tujuan lukisan (nak buat topeng muka).

So malam ini aku tak makan nasi dah, cuba minum segelas milo o kurang gula sebelum tidur (sambil update blog ini). So selamat malam semua,

Bye..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan