SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Selasa, 1 Februari 2011

1 FEBRUARI 2011

Selamat datang bulan baru.....

Boleh tak kalau aku panggil bulan ini bulan cinta. Sebabnya bulan Februari ada 28/29 hari sahaja. So kita akan merindui nya lagi (sebab bulan yang tersingkat dalam kalendar masehi). tambah lagi pada yang lahir pada 29 Februari (akan menyambutnya 4 tahun sekali). So sebab itu aku panggil bulan cinta. hehehe.........
Sebab-sebab lain, pembaca fikirlah sendiri ye............

Pagi yang damai tadi tak sabar aku nak bangun pagi (walaupun dalam tidur aku dapat rasakan.........).  On the way beli nasi lemak, aku berjumpa dengan kawan lama masa kat AG dulu. Roslan namanya. Tak dapat bersembang lama kerana dia nak balik kampung. So drive carefully bro (Aku rasa masa aku menulis nie, dia dah sampai kat kampung). Lupa lak nak tanya, balik Kedah atau Kelantan........

Selepas bersarapan, aku wit my famili g ke Cyberjaya (TM point). Tujuannya adalah untuk bertanyakan bil unify aku yang tak kunjung tiba dalam e-mel. Memang belum di bulkan lagi. aku tak kisahlah janji dah bayar RM200.00. Selesai masalah itu. Boleh jadi pelanggan contoh........

Selesai di Cyberjaya, apa lagi ke alamanda lah aku (tempat aku lepak ngan famili aku). Saja nak g cuci mata. Niat di hati nak beli seluar warna putih. Ada yang aku berkenan. Jenama feraud dengan harga RM149.00. Tetapi masalahnya dia tak leh potong kaki la pulak. Salegirl tu kata seluar cotton tak leh potong kaki. Frust giler.........., aku. Nampak gayanya kena cari kat tempat lain lah pulak.......

Boring berjalan di alamanda aku g potong rambut...... So macam biasalah potong style aku. BOTAK....... Telah jadi trademark aku semenjak raya tahun lepas, kalau potong rambut mesti botak. Bukan malu sebab rambut dah beruban, tapi aku selesa dengan style tu. Aiman, anakku juga potong rambut.

Hari makan tengahari, aku tapau aje kat food court Presint 9. Beli lauk n Mee Rebus. Lama tak makan mee rebus. Akibat kekenyangan aku tertidur selepas makan (jangan tiru budaya ni, tak elok tau) hehehe....... Tapi bukan selalu aku makan banyak (bukan makan sebenar. tetapi lebih kepada melantak).

Bangun dari tidur hari dah lewat petang, kira-kira pukul 5.30. Niat di hati nak g jogging. So apa tunggu lagi jom jogging. Baru berlari kira-kira 1KM, hujan turun pulak. Ah...... tak kisah lah, aku balik ke rumah dan sambung pulak jamming kat studio aku kira-kira 30 minit. Kesimpulannya PUAS.......

Malam yang boring ;(

So selamat malam semua........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan