SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Isnin, 31 Januari 2011

31 JANUARI 2011

Salam,

Hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan Januari 2011 dan selamat datang pada bulan Februari. Betul ke bulan Februari bulan CINTA. Hahaha........ sama-sama kita fikirkan.

Pagi tadi parking di E12 tak leh masuk. Gate tak boleh bukak. So aku kena parking kat E14. Jauh beb kena menapak. Pagi tadi hatiku agak sayu sama seperti cuaca pada hari ini. Mungkin dalam hati ada taman kot..... Hehehe........... Rasa malas nak keje pun ada. Mungkin sebab suasana kerja tak berapa ceria. Ramai yang bercuti......... Tapi yang pastinya pukul 9.00 pagi aku kembali ceria. Kerja dan terus kerja (semangat dah datang tu).

Pagi tadi jugak aku telah dapat skrip dan aku cantumkan skrip tersebut dengan skrip aku. Baru nampak gempak sikit. TAk sabar rasanya tunggu petang untuk start trening.

Tengahari seperti biasa aku balik ke rumah untuk makan tengahari (Nasi + ayam goreng + sup sayur). Menyelerakan bila sampai bab sup sayur (my fav). Hari ini anak ku aiman dah start cuti CNY. Entahlah awalnya cuti. So pukul 1.30 tgh, aku bergegas kembali untuk masuk pejabat. Apa yang angaunya aku hari ini aku pun tak tahu. Sampai kat traffic light kat dewan puspanita baru aku teringat netbook lupa nak bawa. So apa lagi patah balik lah. Kalau tak de netbook macamana nak trening.

So tepat pukul 3, kami start trening. mula-mula aku lihat, team aku agak malu jugak untuk berlakon. Tapi setelah diterangkan dengan lanjutnya apa yang harus mereka lakukan, nampak perasaan malu tu dah hilang. Ye, bukan senang kan nak berlakon...... Tapi aku rasa kalau terning hari-hari dan dialog dihafal mungkin lebih umphhhhh lagi...... Terus dan tingkatkan usaha.

Balik dari pejabat, aku mencari lagu A Shoulder To Cry On (instrumental) dalam internet. Alhamdulillah, dah dapat lagu tu. So lagu tersebut jugak akan digunakan dalam drama itu nanti. Untuk props yang lain mungkin aku akan ajak team drama untuk g sama-sama membeli barang-barang tersebut nanti.

So malam ni rasanya nak rehat jap.  selamat malam semua dan jumpa esok. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan