SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 23 Januari 2011

BILA CINTA (BAB 2)


BAB 2


Hari pertama ke pusat tuisyen, aku dihantar oleh emak. Katanya biar dia menghantar aku ke sana. Kalau tidak, aku pasti tidak mahu pergi. Malu juga aku dibuatnya kerana dah besar panjangpun ditemani oleh emak. Semasa di tempat pendaftaran, ku lihat ramai gadis-gadis yang seusia dengan ku tersenyum-senyum memandang kearahku. Mungkin aku disangkakan mereka anak emak. Alahai, malunya…….


“Mak, nanti mak tak payah tunggu. Habis tuisyen nanti orang balik sendiri”. Aku memberitahu kepada emak supaya tidak menunggu aku. Emak mengangguk tanda setuju. aku bersalam dengan dengan emak dan terus masuk ke dalam kelas tuisyen.


Dalam kelas aku duduk di barisan belakang sekali. Fikiran aku melayang-melayang. Entah apa yang aku fikirkan, akupun tak tahu. Cikgu Mior sedang mengajar subjek Matematik, aku di belakang sibuk melukis. Cepatlah masa berlalu, aku bosan. Bentak hatiku.

Semasa waktu rehat, aku masih duduk ditempatku. Rakan-rakan sekelas ku sudah mula berbual antara satu sama lain. Aku malas nak berbual. Apatah lagi nak berkenalan dengan mereka.


“Hai, I’m Huda. Nurulhuda”. Sapa seorang gadis sambil menghulurkan tangannya kepada ku. Aku memandangnya dan kepalaku dianggukkan sahaja tanpa menyambut salam perkenalan darinya.


“Huda, biarkanlah dia. Anak emak tu. Kalau kau usik lebih-lebih nanti dia menangis”. Laung kawannya. Serentak dengan itu, seluruh kelas mentertawakan aku.


Pedas sungguh sindiran itu. Rasa nak sahaja aku cili-cilikan mulut kawan si Huda tu. Tak sempat aku nak membalas balik sindiran itu, Miss Poh guru Bahasa Inggeris melangkah masuk ke kelas. Bengang betul aku sebab tak sempat nak balas sindiran tersebut. Sepanjang kelas berlangsung mata ku tertumpu pada kawan Huda. Aku mesti balas balik. Aku cuba untuk melihat wajahnya tetapi tidak kesampaian kerana dia duduk dibarisan hadapan. Aku hanya dapat melihat pandangan dari belakangnya sahaja.


Sewaktu kelas tamat aku cuba untuk mendapat Huda dan kawannya. Niat dihati untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada mereka kenapa aku tidak menerima salam perkenalan dari Huda. Mereka terlalu pantas. Aku cuba mengejar tapi tak dapat.


“Huda, tunggu”. Laungku. Mereka memang pantas. Kedua-duanya telah menyeberang jalan. Begang untuk kali keduanya. Aku terus ke stesen bas untuk balik ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan