BAB 6
“Emak, macamana dengan keadaan gadis itu? Dia dah sihat ke? Aku bertanya pada emak sebaik pulang dari sekolah.
“Aris, kamu jangan ganggu Ariana. Dia masih di dalam keadaan yang lemah. Tadi emak dah bawa dia berjumpa dengan Doktor Nita. Tiada kecederaan dalaman hanya lebam-lebam sahaja. Seminggu dua dia baiklah. Jawap emak dengan panjang lebar sambil menyediakan makanan di atas meja makan untuk kami makan tengahari.
Oh nama gadis itu Ariana. Aku ingin berjumpa dengan Ariana, tetapi emak masih tidak mengizinkan. Ariana masih berehat di bilik tidur tetamu. Aku ingin mengetahui apa yang telah berlaku pada hari aku menemuinya. Aku takut Ariana terlibat dengan kumpulan kongsi gelap yang sangat berleluasa di tempat aku. Aku tidak mahu kami sekeluarga berada dalam keadaan bahaya.
Aku masih berfikir……………..
Kalau dia gadis yang baik pasti pada masa kejadian tersebut, dia mahu di bawa ke hospital untuk dirawat. Sebaliknya dia meminta kami membawanya balik ke rumah. Aku mesti berjumpa dengan Ariana.
Aku cuba mencari peluang untuk bersua muka dengan Ariana. Sudah hampir seminggu Ariana berada di rumahku, tetapi setiap kali aku pulang dari sekolah beliau akan masuk ke dalam bilik. Itu kata emak.
Adakah Ariana malu padaku. Atau dia berasa kekok berada di rumahku. Kata emak, bila aku keluar dari rumah, baru Ariana keluar dari biliknya.
“Emak, siapa nama gadis tu?” Soal aku pada satu petang.
“Kan emak dah bagitau kau. Kau dah lupa ke? Nama dia Ariana”. Emak membebel padaku.
Serentak dengan itu aku bingkas bangun dari meja makan dan terus menuju ke bilik Ariana.
Serentak dengan itu aku bingkas bangun dari meja makan dan terus menuju ke bilik Ariana.
“Ariana! Buka pintu ni…….. Aku nak bercakap dengan kau”. Aku meninggikan suara sambil mengetuk pintu biliknya.
“Jaga mulut kau tu Aris. Dia masih belum stabil lagi. Dia lemah dan perlu banyak berehat”. Emak merayu padaku agar tidak memaksa Ariana untuk keluar.
“Mak, kita perlu tanya dia. Dari mana asal usulnya. Kenapa tiada sesiapa yang mencarinya. Entah-entah dia dari kumpulan samseng atau kongsi gelap”. Aku meninggikan suara, sambil terus mengetuk pintu bilik Ariana.
Pintu biliknya terus ku ketuk hingga hampir pecah. Ariana masih diam membisu dari dalam. Emak terus merayu padaku supaya berhenti. Akhirnya emak menangis dan berlalu ke bilik tidurnya.
Aku mulai berhenti mengetuk pintu bilik Ariana Tak sampai hati rasanya melihat emak menangis. Lagipun aku telah berjanji tidak akan buat emak menangis lagi. Emak, maafkan aku. Bukan niat aku untuk melukakan atau menguriskan hati mak.
Aku beredar dari pintu bilik Ariana menuju ke sofa diruang tamu. Aku tak mahu mak menjadi mangsa penipuan. Aku risau bila aku kesekolah meninggalkan emak bersama-sama dengan Ariana yang aku sendiri tidak tahu asal usulnya. Banyak cerita yang ku baca melalui akhbar atau mendengarnya melalui televisyen yang mengatakan bahawa ada kes rompakan di rumah. Banyak kes ini berlaku dimana mangsa mengenali suspek dan suspek pula mempunyai kenalan dari luar yang dipanggil untuk melaksanakan jenayah yang terancang.
Ya Allah, ya tuhanku, minta mak dijauhkan dari perkara tersebut……….
Aku menyandarkan badan pada sofa dan memejamkan mata. Hajat dihati untuk menenangkan fikiran yang tengah berserabut ini. Hampir terlelap aku di atas sofa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan