BAB 5
Hujan turun dengan lebatnya. Kereta Proton Perdana yang dipandu emak menyelusuri jalan tanah merah. Lopak-lopak air menyebabkanb emak terpaksa memandu dengan perlahan dan berhati-hati. Sudah lama kami berdua tidak melawat atuk dan nenek dikampung.
Atuk memang kelakar orangnya berbanding dengan nenek. Perangai nenek sama seperti emak. Tidak banyak bercakap. Tapi atuk lain. Ada sahaja cerita-cerita lucu yang disampaikan kepada aku. Aku tidak akan kering gusi jika bersama-sama dengan atuk.
Dan selalunya kepulangan kami ke kampong tidak lama. Lewat petang, kami bertolak balik ke pekan.
Pengelap cermin kereta bergerak laju, mengelap curahan hujan yang menimpa cermin hadapan kereta emak. Emak mengambil langkah lebih berhati-hati lagi dengan memandu kereta. Tinggal lebih kurang 1 kilometer lagi untuk kami melalui jalan kampong sebelum melalui jalanraya yang bertar.
Sayup-sayup dalam keputihan hujan kelihatan satu lembaga sedang berjalan terhuyung-hayang meredah hujan yang sedang menggila. Semakin lama, semakin kami menghampirinya. Emak membunyikan hon agar lembaga itu member laluan kepada kami untuk bergerak. Sebaliknya lembaga tersebut terus berjalan tanpa memperdulikan hon yang dibunyikan oleh emak.
Tiba-tiba lembaga tersebut hilang dari pandangan kami. Dengan pantas emak menekan brek kereta. Sebaik kereta emak berhenti aku terus keluar dari kereta untuk melihat kemana hilangnya lembaga tersebut.
Hujan yang sangat lebat membasahi muka dan seluruh anggota badanku. Kira-kira 2 meter dihadapan kereta emak kulihat sekujur tubuh terjelepuk di dalm lopak air. Dengan pantas aku berlari kearah itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang gadis yang mukanya penuh dengan kesan lebam dan darah keluar melalui hidungnya.
Tanpa berlengah aku mengangkat gadis tersebut ke dalam kereta.
“Cepat mak, kita perlu segera ke hospital.” Aku mengarahkan emak memandu segera kehospital.
“Jangan, tak perlu. Nanti kamu semua akan mendapat susah”. Balas gadis tersebut.
“Aris. Mak rasa kita tak perlu kehospital. Kita balik kerumah. Esok mak akan panggil Doktor Nita untuk merawat dia.” Emak membalasnya.
Ku lihat sepanjang perjalanan balik kerumah, tangan emak menggeletar memegang stereng kereta. Aku tahu emak juga takut.
Sampai di rumah, gadis tersebut kuangkat kebilik tidur tetamu. Pada wajahnya kulihat seakan-akan aku mengenali gadis itu. Tapi aku tidak pasti kerana mukanya penuh dengan kesan lebam-lebam dan bengkak.
Emak meminta aku untuk menjerang air dan mengambil sebotol iodin dari peti kecemasan di dapur. Aku juga diminta oleh emak untuk membawa kain dan kapas yang banyak.
Setelah semua peralatan dan perkakasan siap, aku memberikan pada emak. Aku ingin menolong emak membantu merawat gadis tersebut tetapi emak tidak mengizinkan kerana tidak manis katanya. Sebaliknya dia menyuruh aku segera mandi dan membuat persiapan untuk tidur kerana esok merupakan hari persekolahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan