BAB 4
Nelly. Itulah nama gadis yang sentiasa berada disisi Huda. Mereka berdua ini diibaratkan seperti isi dan kulit. Tidak dapat dipisahkan. Kemana sahaja pasti berdua. Jikalau Huda ponteng tuisyen pasti Nelly akan mengikuti langkahnya. Perangai mereka semakin menjadi-jadi semenjak akhir-akhir ini. Kalau mereka merasa bosan, depan guru yang sedang mengajarpun mereka boleh beredar. Miss Poh, guru Bahasa Inggeris pernah menangis ditengking oleh Huda dan Nelly kerana menegur mereka ponteng kelas. Tiada siapa yang berani menegur mereka.
Di dalam kelas aku banyak memerhatikan gelagat mereka berdua. Kadang-kala ada yang lucunya. Maklumlah, bila kaum hawa nak jadi samseng. Cuba fikirkan, nak kata susuk tubuh mereka itu sasa. Tidak jugak. Tapi ramai yang takut. Mungkin malas nak layan kot dengan perangai mereka. Jadi ramai yang senyap dan memerhatikan tingkahlaku mereka berdua.
Aku rasa terkilan juga dengan tingkahlaku mereka berdua. Dua-dua mempunyai rupa paras yang cantik. Sekali panadang macam gadis tionghua tetapi perangai……….Alahai……….
Kadangkala aku mencuri pandang juga pada wajah Nelly yang ayu itu. Mata bundarnya yang bersinar itu membawa seribu pertanyaan jika direnung lama-lama. Kadang kala kami sempat terpandang antara satu sama lain. Alangkah indahnya jika dapat berbicara dengan baik diantara Nelly dan aku. Ada banyak persoalan yang bermain-main difikiranku. Tetapi biarlah ku simpan persoalan itu kerana tiada keyakinan untuk aku menyapa lagi 2 gadis tersebut yang mempunyai perwatakan seperti singa kelaparan.
Hinggalah satu hari………….
“Hoi, anak mak. Habis kelas nanti aku nak jumpa kau. Ada hal yang aku nak bagitau”. Nelly memberitahu padaku.
Aku mengangguk tanda setuju.
Selepas kelas aku menantikan kedatangan Nelly di aras bawah Pusat Tuisyen. Aku menantikan dengan penuh debaran. Awal-awal lagi sudah ku suruh Riza balik dahulu. Aku tidak mahu pertemuan ini diketahui oleh Riza.
Apakah yang dikehendaki oleh Nelly, otak ku ligat memikir.
“Hei, anak kesayangan mak”. Seperti halilintar terdengar suara daripada Nelly. Sepantas itu juga dia mengcekak leher baju aku. Dibelakangnya Huda sedang tersenyum memandang kearahku.
“Kenapa dalam kelas kau asyik merenung kat aku.? Kau ingat aku ni makwe kau ke. Kirim salam sikit. Jangan harap. Cintan-cintan aku tak main”. Gertak Nelly sambil tangan kirinya menumbuk perutku.
“lain kali jangan ganggu anak dara orang. Kalau kau ganggu Nelly lagi, nahas kau”. Huda menyampuk.
Mereka berlalu pergi meninggalkan aku dalam keadaan tercengang-cengang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan