SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 23 Januari 2011

BILA CINTA (BAB 3)


BAB 3


Hampir seminggu aku telah memulakan kembali persekolahan setelah surat pertukaran telah sampai ke sekolah baruku. Di sekolah baru aku telah bertemu kembali dengan kawan-kawan lama iaitu semasa aku disekolah rendah. Antaranya, Heri, Man, Jai dan ramai lagi. Tapi aku senang berkawan dengan Riza. Riza yang aku kenal dahulu masih sama lagi dengan Riza yang ada sekarang.

Riza pun telah mendaftar di Pusat Tuisyen yang sama denganku. Aku sangat senang sebab ada kawan. Lagipun senang untuk aku memberitahu pada emak supaya tidak perlu untuk menghantar aku lagi. Aku boleh pergi dengan Riza. Dia ada kereta yang dipinjam daripada ibunya.

“Aris, baik kau hati-hati dengan huda dan kawannya tu. Mereka tu lain sikit perangainya”. Riza mengingatkan aku pada suatu petang selepas aku menceritakan kejadian memalukan di pusat tuisyen tempohari.


Aku tidak peduli dengan apa yang telah disampaikan oleh Riza. Aku perlu menyelesaikan perkara ini dengan Huda dan kawannya. Kalau tak selesai, cerita ini akan berlarutan sepanjang aku berlajar di Pusat Tuisyen tersebut. Aku perlu cari jalan bagaimana untuk berbicara dan menyelesaikan perkara tersebut dengan mereka berdua.


Minggu lepas aku tidak berkesempatan untuk bertemu dengan mereka kerana mereka tidak hadir. Kata kawan-kawannya, mereka ponteng dan pergi menonton wayang. Daripada cerita-cerita yang aku dengar, mereka berdua ni memang agak liar dan samseng. Mujurlah aku bukan satu sekolah dengan mereka.


Jikalau minggu lepas aku tidak berkesempatan untuk berjumpa mereka, minggu ini aku sengaja datang awal. Aku berbohong pada Riza yang aku perlu awal ke pekan untuk menguruskan penghantaran bungkusan yang dikirim oleh emak. Aku sengaja berbohong supaya perkara ini tidak diketahui oleh Riza. Kalau tidak pasti kecoh disekolah nanti. Aku menunggu kedatangan Huda dan kawannya ditangga aras bawah Pusat Tuisyen.


Dari jauh kelihatan seorang gadis sedang berjalan kearah tempat aku berdiri. Ku lihat raut wajahnya yang ayu sekali. Macam gadis tionghua kata hatiku. Tapi yang pasti dalam kelas aku tiada gadis secantiknya. Alangkah seronoknya jika gadis tersebut menjadi milikku.


Hatiku berkata-kata lagi memarahi serta menyumpah seranah Huda dan kawannya kerana lambat tiba. Lagipun sudah hampir 20 minit aku tercegat macam orang gila menanti kehadiran mereka. Sambil itu anak mataku mengekori gadis tersebut memijak anak-anak tangga ke Pusat Tuisyen.


Bumi seperti berhenti seketika dan alangkah terkejutnya diriku apabila terpandang gadis tersebut dari arah belakang. Aku menggosokkan mataku. Adakah benar apa yang kulihat. Susuk tubuh dan potongan rambutnya seperti pernah ku lihat sebelum ini.


“kawan Huda, tunggu sekejap’. Tiba-tiba terkeluar kata-kata dari mulut ku.

Gadis tersebut berhenti dan berpaling kearahku.

“Awak kawan Huda kan?” Soal ku lagi.

“Ya. Kenapa? Awak polis ke?” Balas gadis itu.

“Emmmmmm, awak tak kenal saya. Saya………”.

“Oh…… anak emak. Kenapa? Ada yang awak tak puas hati ke? Kau nak ngorat aku ke? Sori beb, aku tak layan anak-anak manja ni”.

“Ok aku dah lambat. Huda tunggu aku kat atas”. Gadis tersebut berlalu pergi dan membuat diriku terpinga-pinga dan kehilangan kata-kata.


Sudah dua kali aku dimalukan oleh gadis tersebut. Aku melangkah kaki menaiki anak-anak tangga menuju ke kelas tuisyen bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain. Ada diantara mereka tersenyum sinis memandang kearahku.


Di dalam kelas fikiran aku masih teringatkan kejadian tadi. Sombongnya gadis itu. Atau perangainya yang kurang adap. Kalau diturutkan kata hati, mahu aku membalasnya. Dia belum kenal siapa Aris.


Sewaktu diasrama perangaiku tak ubah macam setan. Siapa yang tak kenal dengan Aris. Semua orang kenal, hinggakan Pak Abu tukang sapu sampah kat sekolah akupun kenal aku. Kaki buli, kaki ponteng, keluar malam, melawan guru dan bermacam-macam perkara yang nakal dan jahat telah aku buat. Emakku sudah tiada kuasa lagi untuk dating kesekolah apabila dipanggil oleh tuan pengetua.


Tapi itu semua tinggal kenangan. Peristiwa aku dibuang sekolah telah menginsafkan diri ini. Aku ingin berubah. Itu azamku setelah kembali bersekolah dikampungku. Aku bertekad tidak akan membuli lagi atau berperangai tidak senonoh. Apatah lagi untuk membuat perkara yang tidak sopan kepada seorang gadis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan