SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 30 Januari 2011

30 JANUARI 2011

Selamat Hari Lahir Muhammad Aidil Iskandar bin (nama akulah........).  Dah 5 tahun umur anak aku. Diapun dah semakin membesar (memang badan dia besar). Nakal.......... Bab nakal ni susah aku nak cakap. Tapi biasa lah kerenah anak.  Anak siapa yang tak nakal. Kalau tak nakal takkan nama budak kan......... Tapi yang aku senang dengan dia sebab dia cepat tangkap apa yang dipelajari olehnya. Kalau nak kira perangainya, lebih kurang sama ngan aku semasa kecil dulu. Cuma aku orangnya pemalu sikit. Dia tidak. Yang lain tu banyak persamaannya. Dia juga meminanti muzik seperti aku. Drum kat umah aku, kalau tak aku main, dia yang akan main.... hahaha............... So buat adik........ SELAMAT HARI LAHIR, BELAJAR RAJIN-RAJIN DAN PANDAI LEBIH DARI PAPA LAGI...........

Hari Libur...... (Hujan sepanjang hari di Putrajaya). Dari pagi hingga ke petang (waktu aku menulis diari ini). Pagi tadi aku g beli nasi lemak kat flat hijau dalam hujan. Sengaja aku tak mahu bawa kereta. Suka main hujan (tapi pakai payung) takut demam. hehehe........... Memang ramai gak orang membeli nasi lemak kat situ. TApi aku nak nasihatkan juga kat peniaga-peniaga tepi jalam tu. Kalau nak jual barang makanan sila pastikan kuantiti yang diberi tu berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Tadi aku beli nasi lemak harganya RM1.50 sebungkus. Tapi nasinya ciput aje........... Ada kacang + ikan bilis, telur rebus (sejemput) + sambal.

Selepas sarapan pagi, apa lagi...... Aku masuk studiolah (kat atas rumah). Jadi kaki pukul jap. Prektis lagu Terlalu (ST12). Ok tak sampai sejam aku dapat main beat dia. Syukur kerana dapat tambah koleksi drum aku. Sampai tengahari aku makan nasi + tomyam ayam.

Petang, aku cuba untuk menulis novel Bila Cinta (bab 12) sambail berFB. Aku juga telah upload kan Novel Bila Cinta (bab 10) dan sajak Ting Tong. Sajak Ting Tong tu sebenarnya telah lama aku tulis. Aku tulis sajak tersebut atas permintaan staff aku. Sebab katanya nak jadikan lagu..... So harap semua terhibur engan coretan aku pada hari ini.

So esok kena masuk opis. Jangan Monday Blues sudahlah .........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan