SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Rabu, 26 Januari 2011

26 JANUARI 2011

Salam

Berjumpa lagi pada hari ini. Pagi tadi aku sakir perut sangat-sangat. Ingat nak mc aje hari ni. Tapi aku tahan gak sebab ada meeting. Sebelum meeting, 5 kali aku masuk toilet......., Nasib baik masa meeting dia tak buat hal.

Waktu meeting aku telah dilantik sebagai Ketua Kumpulan Pluto (5S). Aku juga sukarela untuk menjadi AJK fotografi dan fail bagi kumpulan ini. Aku pun tak tahu lagi apa dia 5S tu. Tengah belajar lagi. S yang aku tahu ialah sisih. Nanti bila aku dah faham betul-betul akan ku ceritakan pada semua pembaca. Selepas habis meeting tu ada meeting lain lak. Meeting SKT (Sasaran Kerja Tahunan) untuk Unit tempat aku bertugas. Banyak juga sasaran telah ditetapkan untuk aku pada tahun ini. Harap-harap semua yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar, insyaallah.

Disebabkan 2 meeting tersebut, agak lewat jugak aku pulang kerumah untuk makan tengahari. menu hari ini ialah kari ayam dan ulam-ulaman (my fav). Aku tak tahu gak hari ni princess aku menangis bila bersalam dengan aku apabila aku nak pergi kerja pada sebelah petang. Bila aku bertanya dia kata tak de apa-apa. Berdebar juga hati ini kenapa jadi begitu.

Sampai di opis, aku sms dia bertanyakan hal tadi. Kata princess tak de apa-apa. Dia malu bila aku usik dia tadi. Hehehe...................................... So sebelah petang ada perkhabaran yang aku tak berapa suka sebenarnya. Esok aku kena mewakili boss aku untuk meeting JPKA. Meeting ni mesti boring..... Tak kisahlah beb kerja tetap kerja. Saya yang menurut perintah............... So pagi esok hari yang memboringkan.

Selepas makan malam (nasi goreng) aku mengemaskinikan ruang flickr aku di http://www.flickr.com/photos/prince_julius . Banyak juga gambar-gambar lama yang aku upload dalam flickr. So maybe lepas ni nak sambung balik buat novel bila cinta.

Hingga berjumpa lagi, selamat malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan