Salam semua,
Hari ini, hari Khamis. Esok hari Jumaat. ermmmmmm............ Anggota Perkhidmatan Awam telah diminta untuk memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Aku bagaimana pulak. Nak kata tak pernah pakai, ade gak sekali dua aku pakai baju batik. Tapi aku sememangnya berat nak pakai baju batik. Nak kata aku tak de koleksi baju batik, sebenarnya banyak jugak koleksi aku....... Reason aku tak suka pakai sebenarnya aku rasakan bahawa baju batik ni satu baju yang sangat istimewa. kalau nak buat basahan macam rasa kurang sesuai aje. Dan reason yang satu lagi ialah kerana kat opis aku sejuk sangat. Takut menggigil lak...... Hehehe..........
Pagi tadi ada satu kisah terjadi. Dalam lingkungan pukul 6.45am aku hampir sampai ke pejabat. Ketika berhenti dilampu isyarat sebelum masuk ke Parcel E (tempat aku keje), aku terpandang satu bentuk lembaga iaitu kira-kira sebesar bola sepak berwarna hitam berhampiran dengan tampat aku berhenti. Pada hemat aku mungkin plastik sampah. Aku buat tak kisah aje. bila lampu hijau, kerana aku mulai bergerak...... Tiba-tiba ada sebuah kereta kelisa dengan lajunya telah melanggar lembaga yang ku katakan plastik sampah. Alangkah terkejutnya aku rupa-rupanya bukan plastik sampah tetapi LANDAK. Timbul perasaan kesian pada landak tersebut. Niat dihati nak berhenti tetapi keadaan tidak mengizinkan. Aku terus memandu masuk ke Parcel E. Semasa dipejabat seorang teman ku telah berkata jalan jam gilerrrrrrrrr (disebabkan oleh landak seekor tu). Semasa beliau lalu ada seorang hamba Allah (menaiki motorsikal) telah berhenti dan mengalihkan landak tersebut. So lepas tu jalan dah tak jam lagi.......... Kesimpulannya dari kisah tersebut para pembaca fikirkan sendiri ye........... (Apa yang harus kita buat kalau berada dalam situasi itu) samada nak tolong alihkan, cuba nak tengok apa yang berlaku atau terus berlalu pergi.
Pukul 9.00 pagi tadi aku menghadiri meeting yang sepatutnya dihadiri oleh boss aku. Nasib baik sebelum masuk meeting aku telah berjumpa dengan Big Boss. Rupanya bukan datang lenggang Mak Limah aje. Ada benda yang perlu dibawa. Nasib baik data-data tu ada pada aku. dan di dalam meeting tersebut memang data tu berguna kepadaku untuk menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan untuk bahagian aku. Syukur aku dapat menjawab semua 3 soalan yang dikemukakan kepadaku (sebagai wakil Pejabat Perakaunan). kalau tak de data-data tu mahu malu aku dibuatnya.
Tengahari aku makan dipejabat sebab ada jamuan.
Sebelah petangnya aku duduk ditempatku sambil membuat kerja-kerja rutin. Hinggalah 15 minit sebelum masa nak balik, boss aku minta Run kan BW. perggggggghhhhhhhhhh sempatke aku nak balik ni.........
Nasib baik petang tu sistem ok. Lega sebab dapat balik ontime.
Sampai dirumah baru aku teringat esok anak ku Aidil nak bawa kek ke Tadika CIC. Walaupun hari lahirnya bukan esok (sebenarnya 30 Januari), aku mengambil keputusan untuk menyuruh isteriku membawa kek hari lahir anak ku esok dan sambutannya akan diadakan esok. Ini adalah berikut hari lahirnya jatuh pada hari Ahad. Niat dihati nak buat kek sendiri, tetapi masa tidak mengizinkan. So aku bersama-sama dengan famili aku pergi ke Baker Cottage di Presint 8 untuk membeli kek. aku beli dua biji kek (satu untuk dimakan dirumah dan satu lagi akan dibawa ke sekolah).
So malam ni mungkin aku berkesempatan lagi untuk menyambung kembali novel Bila Cinta...........
So selamat malam (malam ni aku makan bihun goreng)..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan