SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Selasa, 25 Januari 2011

25 JANUARI 2011

Salam

Bertemu sekali lagi untuk hari ini. Syukur diri ini masih lagi kuat berdiri mencari rezeki untuk famili. Kulalui pagi yang sangat nyaman. Ketawa dipagi hari menjadi semangat untuk ku lalui seharian dipejabat. Banyak masa pada hari ini ku habiskan dengan melarikan BW (run business warehouse). BW merupakan satu program yang aku gunakan didalam pekerjaan ku. Semanjak aku ditukarkan ke unit yang baru, banyak masa kuhabiskan dengan menghadap PC. Kadang kala mata yang tua ini penat gak. Kalau sebelum ini, pekerjaan aku banyak bergerak kesana-sini. Tetapi bermula pada tahun ini, aku mungkin akan banyak menghabiskan masa di pejabat (menghadap PC). Diharap aku tidak akan cepat bosan. So permulaan pada hari ini memang aku bersyukur kerana dapat ketawa yang bukan dibuat-buat (ketawa yang ikhlas adalah penawar yang baik pada diri ini).

Agak lewat jugak aku balik untuk makan tengahari kerana suasana kerja yang semakin banyak. Tapi walau sesibuk mana sekalipun aku akan cuba juga untuk balik bagi makan tengahari (nasi, Ikan selar maak pedas dan sayur pak coy tumis air). Habis makan aku terus bergegas semula ke pejabat untuk menghabiskan sessi pekerjaanku di sebelah petang. Ada lucunya pada diriku yang berlaku pada hari ini dan menjadi sejarah dalam hidupku juga. Dah hampir 15 tahun aku bekerja hari ini merupakan satu sejarah dimana aku membuat sepucuk surat dan mengambil masa seharian untuk menyiapkannya.............. Yelah mana tak seharian. Bila nak mula menaip ada panggilan telefon dan juga kerja-kerja sampingan lain yang perlu aku siapkan dahulu.

Di dalam perjalanan balik kerumah aku telah mendapat ilham untuk menghasilkan sajak yang bertemakan TEMAN. Ini adalah hasil dari sifatku yang suka memerhati, mengkaji dan memahami. So apa lagi dijemput semua untuk membaca hasil nukilanku yang tak seberapa........

Hingga berjumpa di lain catatan
Selamat Malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan