10.40 mlm.
Hari yang memenantkan bagi aku. seperti biasa aku ke pejabat pada pukul 6.30 pg. Jarak antara rumah dengan pejabat tidaklah jauh tetapi aku suka pergi awal....... (tak suka jalan jam).
Sebelah pagi menghabiskan rutin harian dengan bekerja. Tengahari aku balik rumah untuk makan (Nasi, Kari ikan cencaru dengan Kailan Goreng).
Sebelah petangnya pula aku mempengerusikan mesyuarat Biro Kebudayaan dan Sosial di tempat kerja aku (aku menjadi AJK tersebut bagi Kelab KRESBA). KRESBA adalah singkatan bagi Kelab Rekreasi dan Sukan Bahagian Akaun. Dalam mesyuarat tersebut kami memutuskan poster-poster untuk ditampal bagi aktiviti Fiesta KRSBA yang bakal diadakan pada 24 Februari nanti. Aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan karaoke (solo) dan juga persembahan daripada setiap seksyen (cth : pantomen, tarian atau nyanyian). Dalam mesyuarat tersebut juga diputuskan hadiah-hadiah bagi peserta pertandingan dan juga barisan juri yang akan mengadili pertandingan tersebut. Aku merupakan salah seorang juri untuk kedua-dua pertandingan itu. Rugi juga sebab tak dapat masuk pertandingan karaoke........
Sebelum maghrib aku membawa famili ku ke Carrefour (Alamanda) untuk memberi barang dapur. Sengaja aku memilih hari ini kerana tidak mahu terlalu sibuk dengan orang lain pada keesokkan hari (esok pay day).
Hari yang penuh dengan aktiviti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan