SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 5 Jun 2011

KOTA KINABALU

Salam semua,

Rasanya dah lama aku tak update blog ini. So skarang nie ada banyak citer sebenarnya aku nak story kat pembaca semua.......

8 Mei 2011

Hari ni aku kena gi Kota Kinabalu atas urusan kerja. Sebenarnya dah lama aku tak ke sana. Tapi kali nie kena naik airasia. So perjalanan aku bermula agak pagi jugak. sori kawang2 sebab aku dah lupa masa perjalanan aku. Aku ke LCCT dengan menaiki erl ke salak tinggi dan kemudiannya menyambungkan perjalanan ke lcct menaiki bas. yup perjalanan yang paling murah ke lcct tetapi mengambil masa yang agak lama jugak (bergantung kepada trafik.

Sampai di KK, aku menginap di sebuah hotel yang aku suka di KK (sori gak sebab dh lupa nama hotel tu). Setiap kali aku ke KK, hotel tersebut menjadi pilihan. aku berkongsi bilik dengan 2 orang teman yang mengikuti bersama. Nak tahu kenapa aku suka menginap kat situ. Pertama sebab senang nak cari makan. Kedua berhampiran dengan pasar malam. ketiga sebab berhampiran dengan pasar filipina dan keempat sebab dia ada tv lcd..........

Malam tu kami makan di belakang pasar filipina. membefr aku ajak makan ikan bakar. kalau tak silap aku, malam tu aku makan ikan kerapu bakar. Ikannya punyalah besar...... tak larat rasanya nak habiskan seekor ikan........ Tapi yang berbaloinya, harganya tersangatlah murahnya..............

Selepas makan aku ke pasar malam. Hajat di hati hanya nak cuci mata sahaja. Ya memang kami cuci mata sahaja. tiada barang yang dibeli. Kami pulang ke hotel dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Keesokkan hari aku ke tempat kerja aku....... So tak payah lah aku citer apa yang berlaku ditempat kerja aku........Cuma sebelah petang selepas kami balik dari salah seorang dari kawanku keracunan makanan...... Kesian dia...... 2, 30 kali ke toilet.......... sebelah petang kami terlelap hingga ke lewat petang...... sedar-sedar hari dah malam

Malam ni kami keluar makan dengan boss. habis kat satu pekan KK kami pusing untuk cari tempat makan. last sekali makan kat chicken rice shop kat tepi hotel........ huhuhuhu........... selepas makan sempat jugak aku shopping baju PDI 2 helai dan kemudiannya kami ke pasar malam untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik buat orang tersayang. Ye nak tahu apa yang ada di pasar malam tu....... ada kasut sukan yang berjenama, baju-baju....... dan yang pentingnya ada barang perhiasan yang menjadi idaman wanita. pearl n batu kristal........

keesokkan harinya kami ke tempat kerja jugak. dan tengahari ke lcct kk untuk balik ke putrajaya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan