SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Khamis, 24 Februari 2011

22, 23 DAN 24 FEBRUARI 2011

Salam

Dah 3 hari aku tak berceloteh kat sini. Sibuk sikit ngan kerja-kerja kat pejabat. Sebenarnya tak de apa yang nak dicakapkan, cuma kadangkala kerja kat pejabat mengatasi segalanya. Aku pun kadangkala boring juga bila sampai bab buat surat. Dah 3 kali surat aku kena reject ngan boss. Bukan sebab apa, cuma nak ikut ayat dia. Isi dia tetap sama. So apa nak buat aku turutkan sahaja. Kalau aku boss lain lah...... hahaha (kerani cabuk aje).

Cuma pagi tadi ada kawan aku bercerita semalam dia mimpi jumpa hantu. hahaha terkejut gak aku. Mungkin dia banyak tengok citer hantu kot. Jangan tengok citer hantu banyak-banyak, nanti terselit celah ketiak aje. Kan susah, sebab tak leh nak gerak g mana-mana.

Pagi tadi rombongan seramai lebih kurang 20 org pegawai bhgn akaun , kpm bergerak ke bhgn akaun mindef sebab ada lawatan 5S. Lama dah tak g KL waktu pagi, perjalanan terasa sangat lama (jam beb). Sampai di mindef ada kejadian yang sangat menakutkan aku. Aku tak tahulah kalau org lain pun macam aku jugak. Nak masuk kat dalam bangunan pejabat mindef punyalah susah. Ada ke MP tu minta kami semua ambil pass kat pondok pengawal. Kami bukan nak pergi kemana. Cuma nak ke bahagian akaun sahaja. Lepas tu, kat depan bangunan tu tak leh tangkap gambar sebarangan tau. Kena ada surat baru leh tangkap gambar. Ada serong staff kat sana kena sound ngan MP tu. perempuan lak tu. Agaknya dia malu terus blah. Ye lah kena sound ngan MP depan kitaorang. Kalau aku pun, aku cuak.

Semasa di bahagian akaun mindef, ada taklimat yang disampaikan oleh wakil dari sana. Selepas taklimat tersebut kami dijamu dengan nasi goreng telur lembik............ (ada yang tak suka telur lembik) Hehehe...... Selepas makan, kami dibawa melawat unit-unit di dalam bahagian akaun. Banyak gambar yang aku ambil dan akan digunakan untuk pelaksanaan 5S di tempat kami. Kami bertolak pulang kira-kira pukul 1.15 tghari. Kesimpulannya, kalau diberi peluang kerja kat situ aku rasa aku tak boleh. Kekok rasanya....

Perjalanan balik, aircon bas yang kami naiki rosak. Terasa bahang panasnya. Rasa pening kepala ku yang botak ini. Kami singgah di gerai berhampiran Uniten untuk membeli sedikit juadah. Perut memang terasa sangat lapar.

Sebelah petangnya, aku mempengerusikan mesyuarat biro kebudayaan dan sosial untuk KRESBA. Semua peserta karaoke dan persembahan telah diberi taklimat tentang pertandingan tersebut. Semoga semuanya berjalan dengan lancar sekali insyaallah. Kumpulan aku dapat giliran terakhir membuat persembahan (4). Best....................

Aku mendapat berita yang mendukacitakan. Kawan ku Nahirul Nizam, anaknya telah kembali kerahmatullah pada 19 Feb yang lalu kerana penumonia. Semua roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. AL-FATIHAH.

Hingga berjumpa lagi..... Wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan