SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Selasa, 22 Februari 2011

21 FEBRUARI 2011

Salam

Pagi ini aku mulakan minggu yang baru dengan badan yang berapa sihat lagi. Telah hampir 10 hari kot badan ini tak sihat. Ku gagahkan juga. Jangan manjakan sangat badan tu. Biar dia kuat.......

Ditempat kerja aku menyiapkan Laporan perbelanjaan di bawah OS28000 (penyelenggaraan kenderaan). Laporan ini adalah rentetan daripada program BW yang telah aku larikan pada minggu lepas. Minta-minta hari ini dapat siapkan. Kalau dah siap nanti aku bolehlah proceed untuk kerja-kerja yang lain pulak.

Alhamdulillah sepanjang pagi aku dapat menyiapkan laporan tersebut. Sebelum lunch aku emelkan repot tersebut pada boss. So petang nanti dapat buat kerja yang lain lak. Masuk sessi petang aku kena chairkan mesyuarat Biro Kebudayaan dan Sosial KRESBA. Mesyuarat berjalan dengan jayanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Agenda yang dibincangkan ialah berkenaan dengan fiesta KRESBA yang bakal berlangsung pada 2 Mac 2011 (karaoke dan persembahan kumpulan), dan lawatan sosial ke Vietnam. Pukul 4 ptg mesyuarat ditangguhkan dan akan bersidang kembali pada hari Khamis 25 Feb (ptg) nanti.

Balik kerumah aku singgah sebentar di kedai runcit. Ada barang yang dikirimkan oleh Princess. Aku bukan nak bercerita tentang barang yang dibeli tetapi tentang perangai atau sikap sesetengah tuan punya kedai atau pekerja kedai. Perkara ini telah lama aku perhatikan. Kalau tak ditegur rasa sakit hatipun ada. Ceritanya macam ini; Pernah tak terjadi pada anda, sewaktu hendak membayar harga barang yang dibeli, masa tu jugak lah pekerja tu sibuk melayan benda lain (ada agenda yang lain). Sebagai contoh asyik melayan membetr kat sebelah atau bercakap kat telefon. Langsung tiada rasa hormat pada pelanggan dia. Jika aku berada dalam situasi ini, aku memang blah aje. Dia ingat aku ni apa............ So fikir-fikirkan lah........

Setiba dirumah selepas minum petang, badan ini mula rasa sakit-sakit kembali. So tak nak tunggu lama-lama aku terus rehatkan badan. Masa ni aku minta princess orderkan Domino Pizza, teringin nak makan chicken pepperoni pizza. Bila pizza sampai aku lak tak de selera nak makan. Nasib badan.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan