SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Sabtu, 29 Januari 2011

29 JANUARI 2011

Salam semua,

Bertemu sekali lagi pada hari ini. Pagi tadi agak lewat juga aku bangun dari tidur. almaklumlah hari cuti. so selepas bangun dari tidur aku wit my famili pergi ke carrefour alamanda untuk memberi barang keperluan dapur. Hari ini merupakan hari tanpa plastik kat carrefour. So, baranhg-barang yang aku beli tidak diberikan plastik. Nasib baik guna troli. Kalau tidak jenuh jugak aku nak membawanya (dengan sayur, ikan, ayam dll).
Sebelum balik ke rumah aku singgah sebentar di pejabatku. Aku tertinggal pen drive. Selepas itu sebelum sampai di rumah aku singgah di kedai mamak Presint 9 untuk membeli sarapan pagi. 2 roti telur n 4 capati.

Tiada apa aktiviti aku semasa dirumah pada hari ini selain dari bermain drum (lagu Airmata). Selepas penat bermain drum aku rehat sebentar dan terlena. Bila aku sedar jam telah menunjukkan pukul 1.30 tengahari.

Pada sebelah petang aku bersama famili pergi semula ke alamanda. Aku ada perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah (5A1 SMAB). Tepat jam 3 aku telah berada dihadapan pusat bowling alamanda. Aku menunggu bersama-sama dengan princess dan anak-anak. Teman aku yang pertama sampai ialah Murali. Selepas Murali sampai princess dan anak-anak pergi berjalan di alamanda.

Selepas lama berborak dengan Murali, Aznee muncul. Seterus Norimah, Azwa dan Emilia. Banyak perkara yang kami berborak. Maklumlah sudah 21 tahun tidak berjumpa. Kami bercadang untuk membuat reunion secara besar-besaran di Sitiawan nanti. Mungkin dalam bulan Mac atau Jun. Tarikhnya akan dibincangkan kemudian. Untuk masa yang terdekat ini perjumpaan akan diadakan pada 12 Feb nanti di Ampang Point. Tujuannya adalah untuk menjejaki Shamsul Zaman (ketua kelas 5A1). Famili telah balik sendiri sebab lama menunggu. Perjumpaan tamat lebih kurang jam 8.30mlm.

Untuk malam ini aku tiada apa-apa aktiviti. Kalau ada masa mungkin menyambung kembali penulisan novel ku. Kalau tidakpun menonton TV bersama-sama dengan Famili.

So jumpan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan