SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Isnin, 21 Februari 2011

20 FEBRUARI 2011

Salam Ahad

Pagi yang damai (sebab leh bangun lambat). Tiada gangguan dari sesiapa. Aku tersedar dari tidur kira-kira pukul 10.30 pagi. Itupun sebab dikejutkan oleh Princess. Kalau tidak mahu terbabas aku sehingga tengahari. Apa agenda hari ini. Oh ya ke Bandar Baru Bangi. Tujuannya ialah untuk membeli baju melayu Maman (untuk Kelas KAFA). Nak cari baju melayu putih dan samping maroon. Kat warta bangi (walaupun tempat tu dah tak de warta, aku tetap panggilnya warta), dapat cari 2 pasang baju melayu serta samping. Semuanya RM70.00.

Selepas membeli baju melayu, kami berlegar-legar lagi di kompleks tersebut. Arin membeli novel ter[alai (RM40.00) dan adik membeli buku ABC dan 123. Aku nak beli apa ye...... Aku tak beli apa-apa. Cima perut ini terasa lapar. Apalagi ke Rasamas. Dah lama tak makan kat situ. Setelah habis makan kami bergerak pulang. Niat dihati hendak ke Dengkil (cuci kereta). Tetapi sampai disekitar PICC perut aku lak meragam. Tukar haluan dan terus kembali ke rumah. Bila dah balik ke rumah, hati ini memang berat nak keluar.

Sebelah malamnya perut ini memang asyik lapar aje. Mengidam nak makan tomyam lak. So aku ke kedai di flat hijau untuk membeli tomyam ayam. Tapi bila makan tak lah banyak sangat. Sekadar merasa sahaja. Badan ini pula mula terasa macam tak sihat kembali. Malas lah nak layan sangat. So aku berehat sebentar, tanpa membuat apa-apa sehinggalah sampai ke tahap yang memboringkan. Dan aku mengambil keputusan untuk masuk tidur. Selamat malam semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan