SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Sabtu, 19 Februari 2011

19 FEBRUARI 2011

Salam.

Pagi atdi agak lewat jugak aku bangun (semalam tidur lewat). Bangun dari tidur terus cari netbook ngan external drive. Nak tahu ape. Aku bukak balik koleksi lagu-lagu rock kapak aku. Lama tak layan beb. Hampir 2 jam jugak aku melayan lagu-lagu tersebut. Saje melayan perasaan. Teringat masa zaman sekolah dahulu. Dengan seluar ketat n singkat. hehehe....... Kalau di ingatkan kembali memang kelakar. Kalau bab tangkap gambar mesti terkangkang. Arg.... cerita lama.

Kira-kira pukul 11 pagi aku wit famili keluar g ke alamanda. Beli barang dapur n susu adik. Dah terlanjur ke alamanda aku ambil kesempatan untuk membeli barang keperluan untuk pementaan drama nanti. Semua barang dah dibeli. Antaranya lapik tilam, selimut, sarung bantal dan lilin (serta bekasnya sekali). So semua dah complete. Minggu depan leh trening dengan props yang cukup.

Balik dari alamanda teringin nak makan mee bandung muar. Aku singgah di foodcourt P9. Bila dah ke sana banyak pulak barang makan yang dibeli. Aku beli jugak nasi ayam (tak sedap) dan Apam Balik (apam balik ni sedap giler wooooo).

Semasa balik dari shopping, badan terasa sakit jugak. Tapi aku buat tak tahu aje. Selepas makan dan berehat sebentar, akhirnya aku tertidur kira-kira sejam jugak. Bila tersedar dalam pukul 3 ptg aku mengambil kesempatan untuk menonton cerita kat TV1 (Pak Pak Pong). Seronok jugak sekali sekala layan cerita melayu yang tak berapa kelakar ni (daripada layan sinetron indonesia). Badan dah semakin berpeluh. Yang tinggal hanya batuk-batuk sahaja.

Kira-kira pukul 5 ptg, tangan dah gatal. Gatal bukan sebab apa. Lama tak mengetuk. So jom masuk studio.
Lama dah tak prektis. Aku bantai sampai 2 jam beb. LEGA.... HILANG TENSEN.......

Dah penat mengetuk perut lak rasa lapar. Apa lagi lepas Maghrib, jalan-jalan cari pasal..... kat downtown Dengkil. Pekena sate ayam ngan mee bandung (men bandung tu masin giler beb). Pasal mee bandung masin, balik dari Dengkil aku singgah kat stall burger kat flat hijau. Lama tak kena burger ayam special kat situ.

So malam ni layan Cerekarama (sudu & garfu)........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan