SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Ahad, 23 Januari 2011

BILA CINTA (BAB 8)


BAB 8


Sudah 2 bulan, Nelly (Nelly Ariana yang meminta di panggil Nelly sahaja) tinggal bersama-sama dengan kami. Dan sudah 2 bulan juga beliau tidak kesekolah. SPM akan bermula minggu hadapan. Aku sibuk mengulangkaji pelajaran. Aku pernah bertanya pada Nelly berkenaan dengan pelajarannya. Jawapan yang keluar dari mulut Nelly, biarlah pada tahun ini dia berehat dahulu. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dihadapi olehnya. Jadi beliau perlukan waktu untuk menenangkan fikiran. Nelly banyak menghabiskan masa lapangnya dengan emak.

Emak pula seperti mendapat satu sinar baru. Semenjak Nelly bersama-sama dengan kami aku lihat hidupnya ceria. Gurau senda mereka berdua menghidupkan kembali keceriaan di rumah ku. Ini kadangkala membuatkan diri ini cemburu. Jika selama ini aku rapat dengan emak tetapi sekarang emak semacam telah ada pengganti diriku.

Setiap hari aku melihat hubungan mak semakin erat dengan Nelly. Seperti ibu dan anak lagaknya. Mungkin emak suka pada Nelly kerana dia tidak pernah mempunyai anak perempuan.

Manakala aku pula sedang bertungkus lumus menghadapio peperiksaan SPM. 3 Minggu aku bertarung menghadapi soalan demi soalan bagi subjek-subjek yang aku ambil. Alhamdulillah berkat doa dari emak dan juga diriku yang membuat persiapan awal, aku dapat menjawab setiap soalan dengan tenang dan mudah.

SPM telah berlalu. Aku banyak menghabiskan masa lapangku bersama emak dan Nelly. Aku semakin mengenali Nelly. Dia telah banyak berubah. Kalu dulu bahasanya kasar tetapi sekarang tidak lagi. Tutur katanya tersusun rapi. Tiap-tiap patah perkataan yang dituturnya, manis kedengaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan