SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Isnin, 11 April 2011

11April 2011

Salam semua.

Terlebih dahulu ku ucapkan syukur pada yang satu kerana aku masih dapat mencoretkan isi hati. kemaafan dipohon kepada kawan semua kerana lama meninggalkan blog ini sepi tanpa khabar berita. Bukan merajuk atau tak sudi pada blog ini, tetapi masa tidak mengizinkan.




Sepinya aku selama ini mungkin mencari sesuatu di dalam hati. Hati berkata tiada siapa yang tahu. Aku sendiripun masih mencari kata hati. Setiap hari bertemankan hati aku mencari sesuatu. Kata orang, cetusan atau gerak hati yang pertama itu biasanya betul. Bila dikaji dan diselidiki ada banyak benarnya. Bila difikir sekali lagi, tidak menjadi kebenaran kerana telah ada godaan. Sehingga kini aku masih lagi mencari sesuatu dalam hati.......

Terfikir aku sejenak, siapa yang menjaga hati. Adakah aku sahaja yang perlu mengambil hati. Orang lain tak perlu ke? Aku sahaja kah yang perlu menjaga hati. Orang lain tak perlu kah?

Terkadang, setiap perbuatan kita perlu rujuk pada hati. Adakah ada org yang suka dengan tingkahlaku kita. Mungkin kita tdk perasan, tetapi org disekeliling tahu.

Teguran tu kadangkala pahit dan pedas. Ambilnya sebagai panduan jika ingin perubahan. Jika tidak kita masih lagi berada ditakuk yang lama. Bak kata pepatah "seperti mencurah di daun keladi".

Ya, pedih sekarang lebih baik daripada menyesal kemudian hari. Sesal dulu pendapatan sesal kemuadian tiada gunanya........ Cuba dengar nasihat dan teguran seseorang tu. baru hidup aman damai.

ok kawan2 jumpa lagi di coretan yg akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan