SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Jumaat, 18 Februari 2011

18 FEBRUARI 2011

Salam

Pagi tadi badanku rasa sakit kembali (demam). Aku gagahkan juga pergi kerja. Sampai kat basement badan memang terasa tak larat sangat. Ku gagahkan juga menapak selangkah demi selangkah. Masuk ke tempat kerja aku, tuhan sahaja yang tahu sejuknya. Menggigil satu badan. Kalau ikutkan hati aku yang kaca ini mahu rasanya aku balik ke rumah. Perlahan-lahan aku duduk ditempat aku dan start untuk buat kerja. Sambil tu aku mulai untuk bersarapan.

Dapat panggilan dari Kak Shaidah. Katanya nak jumpa KA pukul 9 pagi. Tempat pukul 9, aku ke pejabat KA tetapi KA tak ada. Lega rasanya. Bukannya apa. Aku memang tak larat sebenarnya. Kalau berjumpa dengan KA mesti nak bercakap. Kalau bercakap nanti aku batuk. Batuk lak tak leh nak berhenti. Aku sambung semula kerja aku yang tertangguh tadi. Oh tuhanku, kuatkan semangat hamba mu ini..............

Badan memang rasa dah flat sangat. pukul 11.40 aku blah dari pejabat untuk pulang ke rumah. Tujuannya adalah untuk berehat sebentar. Alhamdulillah dapat berehat (aku tidur dengan nyenyaknya). Pukul 2 ptg aku terjaga dan bersiap sedia untuk ke pejabat. Pelik memang pelik. Sampai dipejabat sakitnya terasa kembali. Mungkin aku tak tahan dengan tempat sejuk kot. Cepatlah pukul 4.30.......... Tepat pukul 4.30 aku terus balik ke rumah......... Sampai dirumah aku terjelepuk di atas sofa........ Tak larat memang tak larat. Dalam kepala otak ni berfikir kenapa aku jadi begini. Aku kena kuatkan semangat untuk melawan penyakit yang aku hidapi ini. Jangan mengaku kalah......

Aku kalah sekali lagi. Aku terlelap..............

Sebelum maghrib aku terjaga. Badan masih sakit lagi......... Nak bermanja dengan Princess pun ada terasa jugak. Tapi kesian tengok dia sedang memasak spagetti (my fav). Lepas mamam n mamam ubat badan terasa cam ok aje. So badan lawan penyakit ni ye............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan