SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Sabtu, 7 Mei 2011

MEI 2011

Salam semua.

Memang lama dah aku tak tulis dalam blog ini. yup, kerja banyak beb. 24 - 26 April 2011 aku ke Kota Bharu atas urusan kerja. Memang penat bila bekerja pada hari ahad. Tapi nak buat macamana, aku sekadar kuli sahaja. Perjalanan aku bermula pada pukul 12 tghari. Bergerak dari umah aku ke LCCT. Aku menaiki ERL dan turun di Salak Tinggi. Then naik bus ke LCCT. Nasib menyebelahi aku sebab aku kesana bersama dengan teman serpemergian aku. So tak lah boring sgt.

Sampai di LCCT, perut dh berkeroncong. So apa lagi cari port untuk makan. Akhirnya dapat gak aku makan kat oldtown. Lepas makan chk in dan terus boarding. Dlm flight aku makan lagi (kalo ikutkan malas nak makan). Tapi makan free punya pasal, so aku bedal aje......... 

Sampai di KB, saat yang membosankan kerana terpaksa menunggu di airport kat sejam. Selepas itu kami chk in di hotel (aku dh lupa nama hotel tu, tapi ada riverview kat belakang nama dia). Tepat pukul 8 mlm kami bergerak ke wakaf che yeh untuk makan n kaum perempuan sibuk nak gi shoping...... So kat sana aku ambil kesempatan untuk shoping gak. Aku beli t shirt (seakan jersi malaysia) sebanyak 2 helai untuk anak2 aku n kain corak batik untuk princess aku. Kami kembali ke hotel dan tiba di hotel kira2 pukul 11.30 mlm

2 hari di KB sungguh memenatkan. Pada malam keduanya berlaku perkara yang memboringkan aku. CELCOM buat hal. So call n text tak leh masuk........... So harap2 esok aku ke Kota kinabalu, tak akan berlaku kejadian sedemikian lagi......

Cuti hari pekerja, bonda, ayahanda, nenda dan adik bongsu aku datang dari kampung. Terubat juga rindu ini pada mereka........ yup kadang kala rasa bersalah jugak sebab tidak dapat meluangkan banyak masa bersama-sama dengan mereka. 3 hari bersama-sama mereka begitu cepat rasanya.......

5 Mei, aku ke shah alam atas urusan kerja. Sebelum tu sempat juga wish abah Hepi Birthday................

So esok aku akan ke Kota Kinabalu. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Semoga taklimat yang akan aku berikan berjalan seperti yang direncanakan. AMIN...........

So jumpa lagi kawan2

Bonsour n NITE.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan