Seminggu telah berlalu, sekembalinya kami dari percutian yang sangat bermakna. Hubungan aku dan Nelly semakin rapat. Kalau sehari tidak berbual dengannya, sudah ada perasaan rindu dalam diri ini. Adakah ini dinamakan cinta. Aku takut. Aku takut, aku bertepuk sebelah tangan. Mungkin aku sahaja yang berperasaan sedemikian. Mungkin hati Nelly tidak seperti aku. Aku masih teringatkan lagi kata-katanya semasa di Pusat Tuisyen dahulu. Jiwa ini tidak tenteram. Aku perlu luahkan perasaan ini kepadanya. Tetapi bagaimana. Aku takut cintaku ditolak.
13 Februari 1990
Emak menyuruh aku menghantar Nelly ke supermarket. Kata emak, ada barang keperluan yang perlu dibeli oleh Nelly. Tanpa banyak soal aku membawa Nelly.
“Aris, awak pergilah berjalan-jalan ke department lain. Saya malu kalau aawak asyik ikut saya saja. Saya hendak beli barang keperluan untuk orang perempuan.”
“ok. Kalau awak nak cari saya, saya disana. Dekat tempat buku.”
Aku berjalan kearah buku-buku yang banyak terdapat di dalam supermarket. Hendak buat apa aku kesana. Bisik hatiku. Tak kan nak baca buku lagi. Aku baru sahaja habis SPM. Baru lepas bergelumang dengan buku. Tiba-tiba aku terpandang kearah deretan kad-kad ucapan sempena hari kekasih. Sebelum ini aku memang tidak pernah ambil tahu langsung tentang hari tersebut.
Ya, esok 14 Februari. Valentine’s day. Kata orang haram menyambut hari tersebut. Arggggghhhhhh, tak kisahlah. Aku bukan nak menyambut hari tersebut. Cuma yang menarik perhatianku ialah baris-baris ayat yang terdapat di dalam kad tersebut. Aku membelek kad-kad yang tersusun rapi di atas rak. Satu demi satu kad tersebut ku belek dan ku baca. Banyak ayat-ayat yang romantis. Hinggalah aku terpandang pada sebaris ayat yang cukup bermakna pada diriku.
I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.
Aku suka ayat ini. Itulah kata hatiku pada Nelly.
“Awak nak beli kad kat makwe ke. Siapalah yang bertuah agaknya’” Teguran Nelly membuat aku sedikit tergamam.
“er……., tak de siapa.” Aku seakan-akan panik
Kerana malu dan segan pada Nelly aku terus mencapai kad tersebut dan membayarnya dikaunter bayaran.
Dalam perjalanan pulang, aku tidak banyak bercakap. Aku hanya mengiakan dan tersenyum sahaja kepada apa yang diceritakan oleh Nelly. Perasaan Maluku pada peristiwa tadi masih menebal.
Aku duduk dikerusi belajar di dalam bilik tidurku sambil membuka kad yang ku belikan tadi. Aku membaca kembali baris-baris perkataan yang tercetak pada kad tersebut. Bagiku, kata-kata tersebut sudah cukup untuk ku luahkan isi hati ini pada Nelly. Ku capai pen yang terletak di penjuru meja tulis dan terus menulis perkataan Your Prince, Aris. Setelah itu aku masukkan kad tersebut di dalam sampul surat yang berwarna merah. Aku letak kembali sampul tersebut di atas meja.
Fikiran ku ligat berfikir bagaimana untuk aku berikan sampul surat ini pada Nelly. Kalau diberi terus pada Nelly, takut diketawakan olehnya. Aku mencari akal hingga terlelap.
“Aris. Emak nak pergi berjalan-jalan dengan Nelly kat taman depan tu.” Aku dikejutkan dari tidur oleh laungan emak.
Aku bingkas bangun. Ku capai jam di kepala katil. Lama juga aku tidur. Akumenggosok-gosok mataku yang agak pedih kerana tidur yang agak lama. Tiba-tiba aku terus melompat dari katil. Inilah peluangku. Inilah peluang untuk aku menyelinap masuk ke bilik tidur Nelly.
Aku terus mencapai sampul merah yang diletakkan di atas meja dan bergegas ke bilik Nelly. Aku membuka perlahan-lahan bilik tersebut. Agak kemas juga susun atus bilik Nelly. Dimana aku nak letakkan sampul ini. Kalau diletakkan di atas meja takut Nelly terjumpa pulak. Tapi memang tujuan kad ini diberikan pada Nelly. Fikiranku bercelaru, takut dalam berani. Aku mengambil keputusan untuk meletakkan sampul tersebut di dalam laci meja solek. Dan sepantas itu juga aku keluar dari bilik tersebut. Aku takut nanti ditangkap oleh emak kerana masuk ke bilik tidbut anak dara.
Selesai makan malam pada malam itu, aku terus masuk ke bilikku. Aku tidak sanggup bertentang mata dengan Nelly. Adakah dia telah membaca kad tersebut. Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Aku memikirkan apa yang akan berlaku pada keesokkan hari. Bilik tidurku yang dipasang dengan penyaman udara terasa panas. Mengiring ke kiri salah, mengiring ke kanan pun terasa salah. Tidur terlentang juga terasa tidak selesa. Aku tidak tahu pukul berapa aku terlelap.
Bila tersedar keesokkan harinya, langit telah cerah. Aku bangun sekitar pukul 12 tengahari. Itupun setelah mendengar leteran dari emak yang cukup mendesingkan telinga ini mendengarnya. Aku hanya keluar dari bilik untuk makan tengahari. Ketika makan aku tunduk memandang nasi yang ada di dalam pingganku. Tidak berani mata ini untuk bertentang mata dengan Nelly yang duduk dihadapanku. Ketika aku hampir selesai makan,
“Petang nanti boleh tak Aris temankan Nelly makan kat KFC. Dah lama Nelly tak makan KFC, Rasa rindu pulak.”
Apa yang harus ku jawab. Lidah ini terasa kelu. Berat rasanya mulut ini untuk berkata-kata.
“Nelly tanya tu, Aris. Dia buat-buat tak dengar pulak.” Marah emak.
“Tak pe Nelly, pukul 4.30 nanti siap. Aris akan temankan.” Kata emak dan aku hanya diam mebisu.
Tepat pukul 4.30 petang, aku telah berada di dalam kereta menantikan Nelly. Memang sedia maklum orang perempuan selalu lambat. Hampir sepuluh minit menanti akhirnya Nelly keluar.
Sungguh ayu Nelly pada petang itu. Nelly memakai baju kebaya berwarna merah jambu dan rambutnya yang biasa terikat dilepaskan separas bahu.
Berkebaya merah jambu
Senyum indah memikat hati
Di kau manis mencabar ratu
Jeling mata selembut bayu
Aku tersedar dari lamunan. Nelly telah berada di dalam kereta. Aku terus memecut menuju ke Lumut. Sepanjang perjalanan tiada apa yang dibicarakan.
Sampai di KFC, kami memesan burger manakala nelly memesan coke dan aku milo panas. Aku dan Nelly memilih untuk duduk ditingkat atas dan mencari tempat yang agak terpencil dari orang ramai.
“Terima kasih sebab temankan Nelly petang ni. Dan Nelly pun nak ucapkan terima kasih sebab bagi kad tu.” Nelly memulakan bicara.
Aku hanya mengangguk sahaja.
“Cantik. Nelly suka. Barisan ayatnya juga indah.”
“Terima kasih, sebab Nelly suka.”
Nelly tersenyum manja.
“Itu perasaan Aris pada Nelly ke.”
Kali ini aku pula tersenyum malu. Mata bertentang mata. Aku senyum pada Nelly dan dia membalasnya.
Ini bukan pertama kali
Aku pernah jatuh hati
Kali ini bukan berilusi
Dirimu ada disisi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan