SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Jumaat, 28 Januari 2011

28 JANUARI 2011

Salam semua,


Pagi Jumaat yang pekat, aku menyusuri jalan yang biasa ku lalui untuk sampai ke pejabat. Aku orang yang pertama memasuki ruangan parkir di blok E12. Dan seperti biasa juga aku akan parkirkan keretaku di tempat yang biasa. Mungkin aku selesa disitu (kereta ku senang untuk keluar bila waktu tengahari).  Aku malas lagi hendak naik ketingkat 8 tempat aku bekerja. Sengaja pada hari ini aku duduk dahulu di dalam kereta sambil memerhatikan kereta-kereta lain yang memasuki ruangan ini.


Di kala keseorangan aku banyak berfikirkan tentang keadaan sekeliling sambil mencari ilham untuk menyiapkan novel Bila Cinta. Diwaktu keseorangan juga selalunya ilham akan datang. sedar tak sedar sudah hampir pukul 7.15 minit. aku keluar dari kereta dan bergegas naik ke pejabatku.


Waktu kerja pada hari ini, seperti biasa aku membuat kerja-kerja rutin aku. Hari ini aku mempelajari ilmu yang baru iaitu bagaimana untuk menyediakan laporan dari sistem GFMAS. So ini merupakan sebahagian dari tugasku. Tapi ianya adalah sebulan sekali. Agak susah jugak untuk mengingati langkah-langkah yang harus diambil. Tapi aku berterimakasih pada staff aku, awie kerana telah menyediakan nota yang ku anggap memang cukup lengkap. Thanks awie.........


Kumpulan Pluto (untuk 5 S) aku pun berjalan lancar. Pagi tadi aku telah menyemak minit mesyuarat yang telah disediakan oleh nurul huda (setiausaha 5S bagi Pluto). Terima kasih juga ku ucapkan kerana menyediakannya dengan lengkap dan sempurna (ada juga amendment yang aku buat).


Aku terserempak dengan salwa dan beliau telah bertanya padaku tentang persembahan kumpulan bagi fiesta KRESBA. Beliau telah memberi cadangan supaya Kumpulan dari Seksyen Akaun dan Seksyen Amanah membuat lakonan. Aku setuju dengan cadangan tersebut. Tapi pada masa tu idea memang tak ada.


Waktu balik untuk makan tengahari, di dalam perjalanan pulang aku telah mendapat idea berkenaan dengan persembahan tersebut. Idea kalau dah datang memang mencurah-curah. Setiba dirumah aku terpaksa membuat nota ringkas bagi persembahan lakonan tersebut (takut lupa beb).


So, masuk sessi petang, aku telah memanggil Roslan, Salwa, Tasya, Suhaila dan Elly untuk berbincang bersama-sama berkenaan dengan persembahan tersebut. Mereka telah bersetuju dengan jalan cerita yang telah aku terangkan dan bersedia untuk melakonkannya. So kawan-kawan, buat masa sekarang aku tak leh cerita lebih lanjut lagi tentang cerita tersebut. TUNGGUUUUUUUUUUU.........Aku juga telah bertanya kepada ahli-ahli dari unit lain samada mereka ini membuat persembahan atau tidak. Ini penting kerana aku takut nanti ada yang berkecil hati kerana tidak diajak. Lagipun semua ahli yang terlibat adalah dari unit aku.
Kami telah bersepakat untuk mencari dialog yang sesuai semasa cuti hujung minggu ini. Aku berharap akan ada dialog-dialog lakonan yang menyentuh perasaan. Insyaallah. Kami akan memulakan latihan untuk menghayati skrip pada hari Isnin nanti.


Hari ini adalah hari jogging untuk aku. Seperti biasa aku akan berjogging di sekeliling tasik berhampiran dengan rumahku. Hari ini aku dapat berjongging mengelilingi tasik sejauh 2KM tanpa henti. Syukur, Alhamdulillah aku masih boleh berjogging. Jogging bagiku sangat penting untuk mengekalkan stamina dalam diri. Aku tak nak jadi orang yang gemuk dan nampak tua.... Hahaha......... bukan takut menghadapi hari tua. Yang aku takut perut boroi. Hehehe...........


Sebelah malamnya princess masak maggi goreng untuk kami sekeluarga. Dan seperti biasa juga aku akan makan tepat pukul 7.45 malam. Mungkin lepas ni aku akan makan lagi dan biasanya aku akan makan buah-buahan (untuk menambahkan gula dan air dalam badan) Aku perlukan gula dari buah-buahan kerana aku tidak minum kopi ataupun teh.


So malam ni mungkin aku akan memerah otak untuk mencari dialog-dialog bagi persembahan kami nanti. So terpaksa stop dulu penulisan novel Bila Cinta.


Hingga berjumpa pada esok hari..... Bye..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan