SALAM SEMUA

BLOG INI MERUPAKAN CATATAN HARIAN TENTANG DIRIKU. DI DALAM INI JUGA TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI BERKENAAN DENGAN DIRI INI DAN JUGA FAMILI KU. BUKAN SEMUA YANG BOLEH DIKONGSIKAN. SO INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI AKU YANG BOLEH DIKONGSI DAN MENJADI BACAAN UMUM. SELAMAT MELIHAT (ANDA BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN)



Jumaat, 2 Mac 2012

RASA CINTA

Semalaman  aku duduk dan berfikir
Kenapa ada satu perasaaan yang sangat asing dalam  diriku
Mungkinkah hati ini ingin berbicara

Bisikanmu  menemani aku sepanjang malam
Kau buat ku terasa berputar
Sentuhanmu bagai  satu episod yang baru

Satu dalam sejuta
Mungkin ada detik cinta
Sangat kuat,
Mungkin inikah rasa cinta

Ada yang berkata cinta tak kan kekal selamanya
Ku tolak dan ku geleng kepala
Satu jawapan yang pasti
Ya seperti putaran roda
Kadang di atas dan kadang di bawah
Sungguh menyentuh perasaan

Sekali dalam hidupku
Aku pasti kemana arah tujunya
Ku jauhkan lirik mata dari pintu yang lain
Kerana aku telah ketemu dengan cinta sejatiku

hakcipta terpelihara : Prince Julius 2012

SIMFONI RINDU

Semenjak Pertemuan Kita
Terjalin Ikatan Cinta
Yang Telah Kita Binakan
Antara Kita Berdua

Bila Ku Lihat Mata Mu
Bersinar Cahaya Cinta
Bila Ku Dengar Suara Mu
Semerdu  Simfoni Rindu

Kau Yang Ku Sayang
Kau Yang Ku Puja
Kau Yang Cinta
Untuk Selamanya

Bilakah Kita Kan Bersama
Membina Mahligai Cinta
Yang Telah Kita Binakan
Semenjak Pertemuan Kita........

HAKCIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012

Isnin, 27 Februari 2012

SABTU 25 FEB 2012

Salam

Jumpa sekali lagi di dalam coretan aku ini. Minggu ini penuh dengan ragam-ragam kehidupan yang sangat sukar untuk diramalkan. Ada beberapa coretan yang aku kira, aku boleh berkongsi dengan para pembaca

Sabtu 25 Feb 2012

Aku bangun agak lewat jugak, sebabnya of cos tido lewat. Apa nak buat hari ini aku rasa cam nak bersihkan awek aku aje. Boleh ke nak mandi n bersihkan awek aku. sian awek aku nie dah lama tak dibelai n dimanja. So lepas aku mandi n bekfes terus aku g jumpa ngan awek aku. mula-mula dia mrajuk, puas aku kena pujuk. dia mrajuk sebab dah lama aku tak jumpa dengan dia. setelah puas aku pujuk dia akhirnya dia mengalah gak kat aku. Yes aku berjaya pujuk awek aku.

So bermulalah acara membelai n mengusap awek aku sorang nie. Aku tengok dia senyum aje bila aku belai dia. senyum meleret lagi. Aku senyum kat dia balik. Semua tempat aku usap dan ku gosok. mana_mana daki yang tebal tu aku sedut puas-puas. huhuhuhu...... seronok beb. awek aku nie senyap aje....... macam mengerti aku sedang membelai dia. bila dah puas aku gosok dan ku belai, tiba-tiba terpandang sorang lagi awek aku rupa-rupanya ada kat situ. terkejut lak aku. nak lari atau nyorok dah tak sempat.........

nak tak nak terpaksa jugak aku approach kat dia. mula-mula dia segan ngan aku. al maklumlah kami jarang jumpa. awek aku yang aku dah gosok tu nampak cam jeles aje bila aku sembang dengan awek sorang nie. bila aku kenalkan kepada mereka berdua, akhirnya nampak cam ok aje mereka berdua. So aku excited giler pasal mereka berdua tu ngan. Sebab apa aku kata aku excited, sebab aku nak diaorang jumpa ngan awek aku yang lagi sorang nie. Huhuhuhuhu banyaknya awek aku :p . Hahahahahahahahahaha....... korang nak tahu ke siapa awek-awek aku nie..............


Nie lah dia awek-awek kesayangan aku.............. tanpa diaorg nie sunyi hidup aku.......... Sori ye sebab tak leh dating selalu....... bila ada masa aku pasti dating ngan korang semer. bukan sorang tapi 3 sekali. Apa macam korang berani ke nak dating 3 sekali serentak......................

Lama gak aku dating ngan awek2 aku nie. kat 4 jam.

Bila dah dating lama2 camtu terasa lapo lak perut. So aku tinggalkan awek-awek nie untuk lunch jap. agak lewat gak aku lunch. Tapi tak kisah as long aku dapat bermesra dengan awek-awek aku untuk satu tempoh yang lama. Selesai lunch apa lagi, mata pun mulai kuyu. perghhhhhhhhh godaan syaitan tul bila dah kenyang. aku cuba tahan bijik mata nie. tapi tertewas gak. akhirnya aku terlelap........zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........

Sedar2 dah kul 4 ptg. Aku kena cepat sebab uncle akan datang kul 4.30. aku kena g ampang point. kat kul 5 aku, uncle ngan awek dia bergrak ke ampang point untuk jumpa dengan man kat sana. kat sana kita orang sempat praktis lagu baru gubahan man yang bertajuk sesat. best gak lagu tu..........

so projek malam tu kitaorang cam biasa nak g jemming kat uprising studio kat putra walk seri kembangan. bergeraklah kitaorang semer ke sana. sampai kat sana seperti biasa kita orang akan lepak kat restoran kegemaran kitaorg sambil minum2. hajat dihati nak makan dulu tapi bila memikirkan lagi 20 minit nak start jemming so aku tangguh dulu makan malam aku. sebenarnya makan sikit cucur bilis n keropok yang dibawa oleh shida (awek uncle).

So malam tu jemming agak berjaya sebab kita orang prektis lagu opera hidup, orang timur dan sesat (lagu baru)................ memang best. aku siap rakam video lagi............ walaupun men 3 piece tapi memang best giler (man - gitar, uncle - bass, amy - drum n aku - tukang sumbangkan lagu). hahahahaha yup aku tukang sumbangkan lagu aje (bukan sedap pun aku nyanyi). just for fun, tapi aku suka sebab kami ada aktiviti mingguan yang sangat sempoi........... kepala semer gila2 n ngam siut..........

so jemming abis kat kul 12.00. kita orang balik ke putrajaya dulu sebab nak amik kete shida. dia biasa letak kete kat putrajaya. so lepas tu kita orang follow shida, sampai kat seri kembangan kita orang berpecah. shida balik ke rumah manakala kami meneruskan perjalanan ke sg besi n then masuk ke mrr2.

Samapi kat area panda indah, uncle dapat call dari shida n bagitau dia kena ragut..................... alamak, so kitaorang berpatah balik n tak sempat nak anto man balik umah dia kat au3. pick up  shida kat umah dia n trus grak ke hospital serdang.

lama gak shida n uncle kat emergency. manakala aku n man lepak kat paking kete sambil bercerita ttg kisah2 lama kitaorang dibangku sekolah. sedar tak sedar dah hampir kul 4 baru semer urusan di sana selesai. perut aku memang berkeroncong sgt.

dari hospital serdang kami ke ipd kajang untuk buat repot. kat sana sempat jugak shida di bawah oleh detektif untuk cam foto. shida tak dapat cam sebab masa kejadian tu sgt gelap.

selesai kat sana kami terus ke au3, hantar shida balik ke rumah bapak dia n anta man balik ke rumah dia. sebelum tu aku sempat makan malam merangkap bekfes pada pukul 6.00 pagi.

perghhhhhhh sampai kat umah dah kul 7.30 pg. satu hari yang penuh dengan cabaran. tapi apa2 pun aku tetap enjoy................

mengantuk punya pasal aku tidor sampai kul 1.30 tghari ahad.


minggu yang penuh dengan cabaran. rasa macam boleh buat cerekarama aje.........


Jumaat, 24 Februari 2012

KEHILANGAN DAN KESEPIAN

Dalam kehadiranmu
Dapat ku rasakan bahawa
Kaulah gadis yang selama ini kucari

Sinar kehidupan terpancar
Melalui gelak dan tawa kita bersama
Melalui sedih dan duka  kita bersama

Hari ke hari
Minggu ke minggu
Bulan ke bulan
Kita cecah angka tahun
Badai melanda, langit cerah jadi kelabu
Dari suka menjadi duka

Kau berjanji tidak meninggalkan ku
Tidak akan lepaskan ku
Tetapi janji tinggal janji
Sedih dan keseorangan

Hilangnya dikau kemana harus ku cari
Ku jerit namamu, hanya bunyi gema menerpa
Baru ku sedar itulah ucapan selamat tinggal darimu
Sakitnya menusuk kalbu

Kenapa kau pergi dengan meninggalkan seribu tanda Tanya
Kenapa kau tinggalkan diriku dengan sejuta kesakitan
Kalau ku punya masa lagi
Akan ku beritahu bahawa AKU CINTA PADAMU
Tetapi semua hanya tinggal kenangan
Mimpi indah hilang dalam kabus terang
Kehilangan dan kesepian

Jika kau mendengar rintihan hati ini
Aku berharap kau dapat merasainya
Jika kau dapat melihat apa yang ku rasakan tanpa dirimu
Adalah kehilangan dan kesepian
HAK CIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012

BANG! BANG!

Bang! Bang!
Dalam pekat malam
Hiruk pikuk menjelma
Meliar mencari mangsa
Tak kenal siapa…..

Buta mata teraba-raba
Mencari selimut
Pelindung nyawa
Bergetar seluruh jiwa

Bodoh sang durjana
Kau memang keji

Bang Bang,
Terdengar lagi
Hilang cinta, nyawa bercerai
Gah  permainanmu
Walau sumbang tiada siapa yang tahu

Kau beritahu pada dunia
Kau agung, kau penyelamat bangsa
Kau kata demi keamanan sejagat
Musuh pasti kau sebat

 Adakah dunia percaya!
Hitunganmu silap
Kamu perlu berlajar
Berlajar mengenali keamanan
Bukan menjadi syaitan

HAK CIPTA TERPELIHARA : PRINCE JULIUS 2012